.

.

Monday, June 17, 2013

Perihal Babysitter 2

Assalamualaikum

sebelum bercerita lebih lanjut
Umayrah kini berada di rumah babysitter baru
hope keadaannya ok la kat situ

jika dulu MG penah cita pasal babysitter Umayrah yang suka biaq baby menangis sini
dan tak pujuk kan
ingat dah nak stop hantaq kat situ
tetiba MG still hantaq lagi selama 3 ari
sebelum tu dah 2 minggu tak antaq kat makcik tu
sebab mak MG datang dari kampung masa cuti sekolah
jadi dalam 2 minggu tu tak antaq
dan ingat nak antaq ke taska selepas mak balik ( dah bayaq pendaftaran pon..tapi tengok taska tu ramai sangat budak.huhu...)
entah cam na still antaq kat makcik tu
padahal kami dah bagitau makcik tu untuk stop antaq Umayrah
barang pon dah amik

bukan apa, cuma kami laki bini ingat
bebudak mesti la menangis kan..jadi fikir ingat tak ada pa la
lepas ja ari ke 3 kami antaq semula kat  makcik tu
ada komplen lagi pasal makcik tu

pagi tu selepas kami antaq Umayrah ke umah makcik tu
dalam perjalanan balik, ada jiran selang 2 buah rumahnya
menahan keta kami
ingat sebab apa, kami pon stop la
makcik tu cakap, jangan la antaq anak adik ke rumah tu lagi
time tengah ari bebudak yang makcik tu jaga seramai 5 orang akan menangis reramai
makcik tu tak akan pujuk sebab dia nak masak
dia akan biaqkan, jiran makcik cakap takut bebudak kena sawan tangis ja
pastu dia siap kutuk MG lagi depan jiran yang lain masa MG stop antaq Umayrah
dia cakap : ala nanti kalau dia tak ada orang nak jaga dia antaq balik la ke umah aku ni

geramnya la hai..depan MG ok je cakap
belakang mengutuk
lagi satu MG perasan, tiap kali balik
mesti ada bedak dalam mata Umayrah
bedak tu dah jadi berbiji
bedak kalu dah kena air akan berbiji
nak keluaqkan tak berani nak sentuh mata Umayrah
perasan tak, kalu kita tuang bedak atas tapak tangan
dan gosok dulu sebelum disapu ke muka
bedak tak akan masuk ke mata
mesti makcik ni amik botol bedak dan terus tuang ke muka
jadi mesti masuk ke mata kan
cian Umayrah
mesti pedih mata dia tu

sehari selepas MG stop antaq kat umah makcik tu
sora Umayrah jadi serak
dan kurang bercakap macam selalu
menangis pon sora jadi besaq
2 hari jugak baru sora dia kembali kepada asal

kali ni memang MG rasa marah sangat
kita bukan bagi anak kita orang jaga secara free
berbayaq lagi
siap bayaq penuh untuk bulan pertama, padahal makcik tu jaga baru 2 minggu
jadi sila la jaga elok-elok
makan tu biaq dari rezeki yang berkat
ini menganiaya anak orang
mentang-mentang la bebudak tak leh bercakap
sesukati ja layan anak orang cam tu

dan sekarang MG antaq Umayrah kat rumah jiran yang report tu
takut jugak kalau dia fitnah makcik tu
tapi kalau pikir balik
kawan MG yg tinggal area tu pon bagitau benda yang sama pasal makcik tu
jadi betol la kot

pengasuh baru ni dah tua
dan jaga 6 orang budak
harap ok la, sekarang ni MG cam berbelah bagi ja nak antaq kat orang
rasa cam tak percaya kat orang dah
tapi nak wat cam na kita kan keja

3 comments:

  1. balik hantaq umairah kat mak, mak dok risau tu

    ReplyDelete
  2. kesiannya dia..moga dgn pengasuh nie ok lah..

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails