.

.

Thursday, February 27, 2014

Resepi Pisang Goreng Cheese ala Bandung


Assalamualaikum

hari tu pi Bandung tak sempat nak rasa
ya la si Umayrah kan demam, tak leh nak makan-makan
apatah lagi nak shopping
cian baby tu, kena cirit birit akibat minum air kat sana
yang kami yang tua-tua ni tak kena pon
mungkin perut baby ni suci lagi
tak pernah masuk bakteria-bakteria ni
tu yang cepat sakit. Yang tua-tua tu segala bakteria dah masuk
dah kebal.hehe

ok la, jadi MG tingin sangat la nak makan pisang goreng cheesse ni
jadi minggu lepas paksa en. gold beli pisang dan try wat
resepi amik dari internet ja dicampur dengan idea sendiri

Resepi Pisang Goreng Cheese ala Bandung

Pisang
2 cawan tepung gamdum
1 cawan tepung beras
sedikit butter
minyak untuk menggoreng
parutan cheesse

Caranya
bancuhkan 2 jenis tepung tu bersama sedikit garam dan butter.
Gaul sampai sebati
MG saja tambah parutan cheese di dalam tepung jugak
celup pisang ke dalam tepung dan goreng
setelah warnanya kuning keemasan
boleh la diangkat
taburkan dengan susu pekat dan cheesse
sedia dihidangkan

Rasanya sedap jugak
tapi tak leh makan kerap kot sebab muak
lagi pon cheesse gak boleh menyebakan sesetengah dari kita sembelit
selamat mencuba ya!


***gambar akan diupdate kemudian, lupa bawak lak :P

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails