.

.

Saturday, March 15, 2014

8 TIPS MENGHADAPI MUSIM JEREBU

Assalamualaikum


Kawasan umah anda semua jerebu tak?
Kawasan Kajang jerebu, Serdang pon jerebu
Umayrah pon dah start batuk-batuk dan demam
tapi demam dia malam ja
tak tau kenapa, panas gila badan dia
ini semua salah MG ni petang-petang bawak dia jenjalan kat luar
pelik jugak tak terfikir lak jerebu ni bahaya kat baby
sebab si umayrah tu kan sibuk nak berjalan la ni
tu yang bawak pi jalan
balik umah terus di batuk-batuk...cian si merah tu.

Photo: Taman sutera cerah ari ni.x jerebu
semalam

semalam cuaca dah cerah walaupon tak hujan
tak dak pon jerebu
ingat dah abes la jerebu
bangun pagi ni jerebu balik walaupon hujan kan
kita sepatutnya bersyukur dengan nikmat Allah bagi hujan ni
dah la negara kita dilanda bermacam musibah
dari kemarau ke jerebu, ditambah lak dengan kehilangan MH370 (kemungkinan dihijack!) dan kemarin ada 5 mati ketika tonton konsert kat bukit jalil
kita kena sentiasa bersedia dari sekarang
bumi dah tua!

Photo: Jerebu balik

ok la, kat sini ada petua dalam menangani kesan jerebu yang boleh kita share bersama
MG amik petua ni di blog Petua Opahku
rajin-rajin la melawat blog tu ye
banyak petua yang berguna untuk kehidupan harian kita


PETUA MENGHADAPI MUSIM JEREBU

1. Mereka yang mengalami penyakit-penyakit seperti batuk, selesema, asma, sakit mata, sakit jantung atau penyakit paru-paru yang kronik hendaklah datang ke klinik dengan segera jika keadaan penyakit bertambah buruk.

2. Mereka yang di dalam kumpulan berisiko tinggi hendaklah sentiasa mengambil ubat seperti yang dinasihatkan.Penutup hidung (nasal mask) hendaklah digunakan oleh semua penunggang motosikal, mereka yang bekerja di luar bangunan atau di tempat-tempat yang berhabuk dan juga mereka yang dalam kumpulan berisiko tinggi.

3. Perokok yang mempunyai anak kecil, ibu bapa tua dan sanak saudara yang berpenyakit jangan merokok di dalam rumah.Sejauh yang boleh, orang ramai dinasihatkan supaya tinggal di dalam bangunan atau rumah.

4. Kurangkan aktiviti sukan di luar rumah,Orang ramai dinasihatkan supaya sentiasa membasuh muka dan bahagian kulit yang terdedah kepada jerebu dengan air bersih. Sekiranya kenderaan anda berhawa dingin, sila gunakannya.

5. Orang ramai dinasihatkan supaya sentiasa meminum air yang banyak.

6. Perokok dinasihatkan supaya tidak merokok apabila keadaan udara tidak sihat ( iaitu IPU yang melebihi 100 )

7. Mereka yang berisiko tinggi dinasihatkan mengambil cuti di luar kawasan yang berjerebu sekiranya keadaan jerebu berterusan pada tahap berbahaya di kawasan mereka.

8. Gunakan aircond di dalam kenderaan. Jangan buka cermin kereta sekiranya tidak perlu.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails