.

.

Monday, March 10, 2014

Umayrah dah bersunat dan MH370

Assalamualaikum

 setelah setahun umur Umayrah
MG pi la bersunatkan dia
dah lama rancang ni tapi tak pegi pegi pon
sampai dah anak dara si Umayrah tu
jadi sempena besday dia yang ke setahun tu wajib lah kita sepraiskan dia dengan "hadiah hari jadi ni".hehe
cian plak rasa,tapi nak wat cam na benda ni perlukan

jadi minggu lepas hari sabtu MG kol ke Azzahra Bangi
untuk tau procedure dan bayaran
tapi malangnya pada minggu tu dah tak sempat pi
sebabnya doktor hanya ada sampai pukul 11 sahaja
MG kol pon dah pukol 10 jadi ditunda lagi ke minggu selepasnya

Jadi minggu tu awal-awal lagi dah bangun( susah wooo nak bangun pagi pada ujung minggu)
si Umayrah yang suka jaga awal time ujung minggu pon tak jaga-jaga
sampai siap kena kejutkan, cuba kalau tak pi mana
time sembahyang subuh dah bangun
tak dak can mak nak bangun lambat.hehehe
MG kol lagi sebab nak tau harga

untuk minggu ni operator azzahra cakap doktor ada sampai pukol 12
harga untuk doktor tak pakar adalah rm40 dan yang pakar rm100
MG amik yang tak pakar ja
sampai lebih kurang pukol 9 kat situ


time ni la baru tau pesawat MAS MH370 tak dijumpai
rasa sedih gila, dengan kehilangan ni walaupon tak ada rakan atau sedara MG atas flight tu
tapi kita wajar untuk sedih sebab MAS adalah kebanggaan Malaysia
Bendera kita ada di situ, dan didalamnya ada ramai rakyat Malaysia yang Melayu Islam
dan warga negara yang lain
both pilotnya juga Melayu Islam
Yes, MG sangat patriotik dan agak rasis
dan benci melihat status orang-orang bodo pasal kes ni,terutama yang melibatkan politik
please la jangan kaitkan dengan politik.Allah maha mengetahui segalanya
bukan kerja kita nak judge ini semua
mari kita berdoa agar pesawat ini dapat dijumpai walau apa keadaannya
Amin............

ok berbalik kepada Umyrah
setelah sejam tunggu, tiba la giliran Umayrah
sebelum tu si kecik ni sibuk berjalan kehulur hilir, mentang-mentang la dah nak boleh berjalan
MG la kena pegang tangan dia kehulu ke hilir
dia mana nak penat kita yang penat.hehe
bila dah tiba giliran dia, doktor suruh baringkan dia
time ni la dia melalak sekuat hati
tak sempat nak sunat dah melalak
sebab takut ngan orang yang tak dikenali.hehe..

sempai MG pon tak tau sakit ke tak sunat ni
sebab dari awal dia nangis
sekejap ja proses ni
selepas di sapu dengan cecair berwarna coklat tu
terus dia potong@hiris atau apa2 MG pon tak tau
terus siap, dan MG terus pakaikan pampers balik dan keluar pujuk dia kat luaq
nasib baik senang ja berenti menangis.hehe

lepas tu terus kami pi makan kat area tu sebab lapaq
bye!




No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails