Assalamualaikum
tudia aih, dekat setahun tak update blog
malas betui la sekarang ni
dengan banyak keja, dengan sibuk dengan bisnes
by the way..jemput lah ke fb dan ig modestfairy.co ya untuk koleksi baju yang menarik :P
hokey.. akak nak cita sikit pasal my dream vacation ni
akak ni tingin sangat la nak pi New Zealand
dok telan air liur ja dok baca blog blog yang tulis pasal NZ ni.
En. Gold pon bekenan jugak dengan NZ ni
kami berdua tak minat nak melawat tempat tempat yang ada bangunan,
lebih kepada nature gitu
jadi masa bulan 1 atau 2 tahun 2016 yang lepas
MG gatai gatai tangan pi beli tiket ke sana huhu..
naik apa lagi..ofkos la dengan AA, Everybody can fly gitu :)
abeh duit MG
Tapi harga tiket agak reasonable, MG dapat rm599 seorang dan sehala.
tak dapat promo price yang rm499 tu
Total anak-beranak, 2 dewasa 1 kanak pergi dan balik rm3594.
route sekarang ni ke Auckland ja..dan akan transit di Gold Coast.
untung sapa yang dapat pi NZ masa AA buka route direct ke Christchurch dulu
tak payah nak amik flight lain pulak untuk ke South Island
untuk ke South Island kami menggunakan khidmat Air New Zealand
Ticket yang MG dapat NZD 458 , sekali lagi nangis, jangan convert ke RM ya :(
bila dah beli tiket ni baru la kami start kumpol duit
ya la nak ke Negara yang currency lebih tinggi dari kita
haruslah merancang dengan betul.
pada mulanya MG beli tiket pada tarikh bulan 1 tahun 2017
tak check pulak rupanya time tu summer di NZ
Banyak pelancong akan datang ke sana dan akan mengakibatkan harga perkhidmatan dan kereta sewa naik sebab peak season.
aduh...dah tak best ni, duit pul;lak tak banyak..summer pulak tu..ya la summer di NZ..even tak sepanas Malaysia
tapi kita nak jugak rasa sejuk-sejuk kan
pada mulanya MG redha ja
tak kan nak tukar tarikh, kalau dengan AA harga tukar tarikh sama ja dengan harga beli tiket baru.hehe..
Naib baik la..Allah SWT mendengar doa kami
pada bulan June 2016, MG dapat sms dari AA yang bagi tau, flight kami dari Auckland ke KL akan delay 2 jam
yes..! MG apa lagi..tukar tarikh terus ke April 2017
kat NZ mesim Luruh pada masa ni..
ok la..jangan summer sudah..hajat nak winter..takut kami tak tahan pulak nak berjalan ke sana ke mari sebab sejuk
ha..ok la..cukup bab flight next, MG cita pasa campervan pulak ya.
berdebar ni nak sampai bulan 4, tak sabaq nak pi sana
ok..bye :)
.
Sunday, March 5, 2017
Thursday, March 3, 2016
Percutian bajet ke Pulau Perhentian, Terengganu Part 2
Assalamualaikum
Mari kita sambung ke Part yang ke 2 percutian secara bajet MG ke Pulau Perhentian
mana yang nak ke part 1 klik sini ya Percutian bajet ke Pulau Perhentian, Terengganu Part 1
ok aktiviti hari ni adalah Snorkelling!!
seawal pukul 8.00 kami dah turun untuk bekpes
bekpes ari ni di MJ Perhentian ialah Kueyteaw dan teh tarik
umayrah makan skit ja ari ni dah la semalam pon tak makan
dia pon dah kurus la ni, takut lak satgi pi snorkelling lapaq
jadi MG bawak bekal biskut oreo dan keropok
pas makan kami pon start pi snorkelling
malangnya time MG mai sini ombak kuat
sepatutnya pi 5 tempat snorkelling
tapi jadi 3 tempat ja
tak pa la ada rezeki nanti leh mai lagi kan
tempat 1st kami pi ialah ada 1 pantai ni, sori MG tak tau nama point-point ni
kat sini kami diajar cam water confiden
cara nak pakai google suma diajar kat sini
syok tau snorkelling ni tapi MG dok tepi-tepi ja sebab takut,hehe
kat sini la Yicam MG jatuh lam ayaq
pastu bila dah naik ke darat baru sedaq
apa lagi terus bagitau En. Gold terus dia pi cari
time ni tawakal dah kalau nak hilang hilang la
setelah lama jugak En. Gold cari last skali jumpa lagi
dia jumpa kat tempat yang MG tak pi pon
jauh jugak air bawak nasib baik dapat balik..hehe
2nd place kami ke tempat snorkelling yang cantik
time ni umayrah lak tak bagi turun last skali MG turun kat tepi tepi bot ja
En. Gold ja pi sampai ke batu karang yang cantik
syok dia snorkelling sampai luka kaki
tapi tempat ni memang cantik air dia memang jernih
dok atas bot pon leh nampak ikan kat lam laut.
memang MG kena repeat lg ni ke PP
Sebab banyak point tak leh pi
snorkelling pon tak puas, nanti plan nak bawak famili lak mai sini
lepas abih jadi 2nd point ni kami ke Lata Air Berani
unutk mandi air tawar
ada air terjun katanya atas ni
tapi kami tak naik pon sebab jauh jugak
jadi mandi ja kat mata air kat pantai tu
air sejuk, rasa fresh lepas penat snorkelling
Cuaca sepanjang dok sini panas, tapi tak la panas sangat kira ok la
tapi dalam tak panas pon sunburn jugak memasing
![]() |
| Di Lata Air Berani |
lepas abih mandi ni kami pon balik ke bilik
sebab dah lapaq
makanan tengahri pon dah ready
menu tengahri ni ikan goreng, sup ayam, sayuq campoq dan sambal belacan ayaq plak air sirap
sedap jugak, kali ni umayrah makan banyak
ha..tau pon lapaq kalu tak jenuh nak bgi makan.
dah sudah makan, naik bilik dan mandi, petang ni nak pi hiking kat Wind Mill dan nak trekking ke Long Beach lak
Tepat kol 2.30 petang kami pon ke jeti
pak cik boatman siap pesan kalu nak beli air ka makanan ka beli siap-siap kat kampung nelayan
sebab nak ke long beach nanti penat sebak nak trekking
lagipon makanan dan minuman kat situ mahai-mahai belaka
kami bawak air mineral dan keropok ja untuk umayrah
untuk kali ni kami naik bot yang macam sampan ja tapi laju
sebab kami ja yang ke sini petang ni, yang lain dah malas kot
tidor ja kat blik
Long Beach ni sebenarnya di Pulau Perhentian kecik jugak tapi side lain
kat sini banyak pelancong asing dan jugak tempat para diver
pada mulanya si Umyrah nak ja berjalan
tapi lama-laman dia pon penat last skali En. Gold yang dukung
hazab jugak nak bawak budak 20 kg tu naik bukit
tapi last skali kami sampai jugak ke Long Beach
cantik tempatnya, tapi cuaca tak mengizinkan
hujan dah start turun jadi kami pon terus patah balik ke jeti
dan ke Wind Mill pon tak pi sebab hujan
nampak tak alasan yang besar untuk repeat semula ke sini? hehehe..
![]() |
| muka budak lengoh kat belakang, mak ngan ayah tak sedaq.huhu |
![]() |
| kawasan agak banyak sampah sebab ada pembinaan sedang berjalan |
best dok sini, kampung kecik semua orang kenai antara satu sama lain
makan malam pada pukul 8.00
malam ni kami di jamu dengan BBQ
Konsep kat sini makanan depa hidangkan
kalau untuk pakej 2 orang kami akan dapat 2 ketoi ayam bakaq, 2n ekoq sotong bakaq dan 2 ekoq ikan bakaq
besama nasik dan tomyan
MG puas ati, berbaloi dengan harga pakej
tak leh demand lebih sebab harga pakej murah
kami pon bercuti secara bajet kan..
hehe..
pas makan jalan-jalan lagi sambil amik angin lauk
tamat untuk Part 2
Day 3
hari ni last kami kat sini cuaca tak elok dan tak leh ke Marine Park
kami cuma jalan-jalan ke sekitar kampung dan pukul 10 kami naik bot untuk balik ke Jeti Kuala Besut
tapi hazabnya naik bot ombak besaq
memang sangat scary
asyik berdoa ja cepat sampai ke darat
time ni kemasukkan pelancong ke pulau adalah di tutup. ramai yang terkandas kat jeti
hanya pelancong nak keluar saja di benarkan
tamat la enty ke Pulau Perhentian
kesimpulan nya sangat best ke sini
sangat di syorkan!
Total Damage Day 1
Tiket KLIA Transit rm20.80
Makan-makan KLIA2 RM10.00
Airport Transfer rm80.00
beli air mineral : rm 3
Harga pakej : rm285/person : rm570
Tiket AA 3 Orang (pi balik) : rm60
Total Damage Day 2
Aiskrim (3 Batang ): rm9.00
air Mineral : rm3
total : rm12
Total Damage Day 3
Beli cenderamata : rm30
beli keropok2 : rm60
airport transfer : rm80
makan di airport : rm20
parking : rm14
KLIA Transit : rm20.40
Total BAJET KE PULAU PERHENTIAN : RM992.20 (2 dewasa 1 budak)
Nota Kaki : Get ready for next vacation :P my dream place!
Wednesday, March 2, 2016
Percutian bajet ke Pulau Perhentian, Terengganu Part 1
Assalamualaikum
minggu lepas 25-27 Mac 2016, MG dan famili pi bercuti ke Pulau Perhentian (PP)
ni kira 1st time kami ke Pulau Perhentian dan ke Terengganu
ni semua sebab MG dapat grab tiket sorang rm10 ke Kota Bahru
jadi untuk kami sefamili total tiket pi balik kita rm60 saja.
tapi untuk suggestion kalu nak ke PP better pi time bulan 4,5 dan 6
time ni katanya air setenang di sungai
jadi mudah kita nak snorkelling dan naik bot dari jeti Kuala Besut ke PP
MG pi time ni banyak tempat tak leh pi sebab cuaca tak elok
Tiket kami pukul 1.40 petang dan perjalanan adalah selama 45min-1 jam
tapi inilah pengalaman naik flight paling mengerunkan
dekat-dekat nak sampai tu kami kena 2 kali airpocket yang sangat kuat
time ni memang dah tawakal dah hahaa
nasib baik dah dekat nak sampai
terus insaf nak naik flight
dah sampai kat airport KB
Kami di amik oleh Hamka, dia ni keja ngan Perhentian MJ
dengan Perhentian MJ ni lah MG amik pakej di PP
Pakej included boat transfer pi balik PP dari jeti Kuala Besut, Snorkelling 5 point, penginapan 3 hari 2 malam bilik aircond, makan 6 kali, boat ke Marine park dan hiking ke wind mill dan Long Beach
harga per person rm285 ja
sapa berminat le search Perhentian MJ ya.
tapi transfer ke Jeti Kuala Besut dari airport lain harga ya..sehala rm80
dah selamat sampai ke jeti kami pom terus naik bot untuk ke PP
Ombak sangat kuat, perjalanan amik masa 45min-1 jam
memang mengerunkan orang yang dok belakang memang basah
MG pon dekat-dekat nak abeh umur jugak dok lam bot ni
rasa pening dan nak muntah
ada 2 3 orang yang dah muntah
suasana lam boat panas sebab tutup tingkap sebab ombak kuat
jadi lagi wat kita nak muntah
setelah hampir sejam tahan hazab kami pon sampai
kat sini kami duduk di Kampung Nelayan, itu sebab pakej ni agak murah
![]() |
| nampak dak ayaq ijau kat belakang..hehe |
tapi overal MG puas ati dengan pakej ni sesuai dengan modal yang di keluarkan
bilik agak berpasir, ya la kita kat pantai kan
bilik pon untuk tidur ja
tp kalau nak romantik-romantik bilik best dan honeymoon better cari hotel mahai ya
![]() |
| Nak sampai dah Kampung Nelayan, Pulau Perhentian Kecil |
kami sampai pon dah petang jadi untuk hari ni kami kami dah miss makan tengahari dan ke Marine Park
tapi untuk ke Marine park botman cakap leh pi ari last
jadi makan malam leh makan pada pulul 8.00 malam
gambar tak amik pulak, tapi menu malam ni tomyam seafood telur dadar paprik seafood dan air bersama nasi
sedap jugak, berbaloi ngan bayaran..hihi
![]() |
| Petang di Kampung Nelayan, Pulau Perhentian |
suasana sangat best, angin tepi antai yang kuat
kami main kat padang permainan ja
layan Umayrah main buaian
habes untuk 1st Day esok kitra pi snorkelling plak!
Total Lost
Tiket KLIA Transit rm20.80
Makan-makan KLIA2 RM10.00
Airport Transfer rm80.00
beli air mineral : rm 3
Thursday, February 11, 2016
Jenis Compact Powder yang Sesuai untuk Anda
Bedak dan wanita tak dapat dipisahkan kan? Bedak adalah alatan make up yang
paling asas dan wajib untuk dipakai oleh semua wanita sebelum memakai alatan
makeup yang lain. Namun, anda harus ingat bahawa bukan semua jenis bedak boleh
dipakai pada kulit muka. Ini adalah kerana kulit muka adalah antara permukaan
yang paling sensitif dan memerlukan penjagaan yang rapi. Bedak yang paling
sesuai dipakai pada permukaan muka adalah bedak muka dan harus diingat juga
bahawa terdapat beberapa jenis bedak muka yang boleh anda gunakan bersesuaian
dengan kondisi kulit muka anda. Kat sini MG nak share skit macam mana nak memilih bedak yang sesuai dengan kulit muka anda :)
Liquid Powder
Untuk kulit yang terlalu kering, anda
digalakkan untuk menggunakan bedak jenis cecair atau liquid powder yang kadang
kala juga disebut sebagai foundation. Bedak muka jenis ini memberikan
kelembapan terhadap kulit muka anda dan tidak menjadikan ia menjadi terlalu
kering.
Compact Powder
Dan jika anda mempunyai permukaan
kulit yang terlalu berminyak pula, anda harus mengelakkan daripada menggunakan
bedak muka liquid kerana ia akan menyebabkan muka anda kelihatan terlalu
berminyak serta tidak membantu untuk menyerap minyak berlebihan. Oleh yang
demikian, gunakan mineral compact powder
seperti berikut jika anda mempunyai kulit muka yang berminyak.
Loose Powder
Dan jenis bedak muka yang terakhir
adalah loose powder yang merupakan pilihan terbaik untuk anda yang mempunyai
masalah kulit terlalu berminyak di kawasan T. Jenis bedak ini lebih bertindak
sebagai penyerap minyak pada permukaan muka daripada memberikan ton warna pada
kulit.
haa..dah abes pasal cara memilih compact powder yang betoi, mari kita semua terjah website Zalora ni, dengar khabar ada bermacam-macam jenis compact powder dijual di situ.harga pon berpatutan!
Ada bedak jenama SimplySiti, Avon, Golden Rose, Clinelle dan bermacam lagi.
Tak payah nak susah start keta, cari parking tengah panas nak ke shopping compleks. Masuk website Zalora, pilih yang mana berkenan dan klik wat pembayaran..Pastu hampa semua tunggu la abg Posmen datang ya!
Thursday, January 7, 2016
Jumlah Kalori Dalam Makanan
Serius MG gain so much weight la ni
nak amik gambaq pon malu
double chin dah ada
kena amik berat dah pasai makan dan kena kira dah kalori makanan
Makanan Karbohidrat
Nasi putih (2 genggam) = 222 kalori
Nasi lemak bersambal (2 genggam) = 400 kalori
Nasi goreng bertelur (2 genggam) = 635 kalori
Nasi briyani (2 genggam) = 448
Nasi ayam (2 genggam) = 278 kalori
Nasi dagang (2 genggam) = 508 kalori
Nasi tomato (2 genggam) = 347 kalori
Mee goreng kosong (sepinggan) = 660 kalori
Mee sup (semangkuk) = 380 kalori
Mee Bandung (semangkuk) = 339 kalori
Mee Kari (semangkuk) = 318 kalori
Mee hoon goreng (sepinggan) = 550 kalori
Kueh tiaw goreng (sepinggan) = 582 kalori
Pulut (segenggam) = 185 kalori
Roti canai kosong tanpa kuah (sekeping) = 200 kalori
Roti Naan (sekeping) = 308 kalori
Roti putih (2 keping) = 156 kalori
Capati tanpa kuah (sekeping) = 180 kalori
Tosai (sekeping) = 205 kalori
Emping jagung kosong (secawan) = 160 kalori
Sandwich sardin (sekeping) = 70 kalori
Bubur kacang hijau (semangkuk) = 100 kalori
Makanan Protein
Telor goreng (sebiji) = 110 kalori
Telur rebus/separuh masak (sebiji) = 78 kalori
Ikan kembong kari berkuah (seekor) = 85 kalori
Ikan tenggiri goreng bercili (sepotong) = 142 kalori
Ikan kembong goreng (seekor) = 140 kalori
Ikan senangin masam manis berkuah (sepotong) = 210 kalori
Daging lembu kari berkuah (2 kotak mancis) = 130 kalori
Ayam kari berkuah (sepotong) = 250 kalori
Ayam goreng (sepotong) = 255 kalori
Ayam tandoori (sepotong) = 220 kalori
Satay daging/ayam (5 cucuk) = 180 kalori
Sambal udang (setengah cawan) = 70 kalori
Sambal sotong (setengah cawan) = 55 kalori
Tauhu goreng (sekeping) = 110 kalori
Tempeh (secawan) = 320 kalori
Kuih-Muih / Snek
Kasui berkelapa parut (sekeping) = 160 kalori
Kuih lapis (sekeping) = 130 kalori
Bingka ubi (sekeping) = 220 kalori
Cekodok Pisang (sebiji sederhana) = 180 kalori
Popia goreng (satu) = 130 kalori
Popia basah (satu) = 95 kalori
Pisang goreng (sekeping) = 170 kalori
Karipap (sebiji) = 130 kalori
Kek biasa tanpa krim (sepotong) = 87 kalori
Kek keju (sepotong) = 257 kalori
Keropok (sebungkus) = 430 kalori
Kerepek/rempeyek (sebungkus) = 350 kalori
Buah-buahan/Sayur
Sup Sayur (1/2 cawan) = 30 kalori
Sayur goreng (1/2 cawan) = 85 kalori
Tembikai (sepotong) = 20 kalori
Betik (sepotong) = 45 kalori
Pisang emas (2 biji) = 76 kalori
Durian (5 ulas) = 64 kalori
Limau (sebiji) = 42 kalori
Jambu batu (sebiji) = 110 kalori
Nenas (sepotong) = 59 kalori
Epal (sebiji) = 63 kalori
Pear (sebiji) = 53 kalori
Ciku (sebiji) = 44 kalori
Mangga (sebiji) = 103 kalori
Rambutan (5 biji) = 50 kalori
Minuman (segelas)
Air kosong = 0 kalori
Teh tarik = 83 kalori
Milo ais = 178 kalori
Kopi + susu = 143 kalori
Nestcafe + susu = 94 kalori
Sirap bandung = 150 kalori
Air soya = 60 kalori
Jus oren = 112 kalori
Jus Tembikai = 80 kalori
Air Tebu = 184 kalori
Air Kelapa = 110 kalori
Air berkabonat = 120 kalori
Air Kotak = 105 kalori
Sunday, September 27, 2015
Dengan Reebok, anda Sihat dan Bergaya
*Sponsored Post
Sekarang ni, semua orang berlumba-lumba nak
jaga kesihatan.
pada hujung minggu, semua taman penuh,
ada yang jogging, berbasikal, bermain bola,
mahu pun hanya ber'evening walk' dengan keluarga.
Nampaknya masyarakat Malaysia dah mula sedar
dan mula menjaga kesihatan diri.
Aktiviti seperti ini semestinya akan
mengundang peluh.
mana taknya, Malaysia ni kan beriklim panas
dan lembap
jadi semestinya kita semua perlu pakaian yang
sesuai untuk aktiviti ini.
Pernah dengar pakaian sukan jenama Reebok?
Mesti penah punya ni, MG dari kecik dulu pon
dah dengar nama ni.
Sememangnya satu jenama yang menjadi impian
untuk dipakai jugalah dulu.
tapi dulu tak pernah dapat jenama Reebok ni
sebab tak mampu
Jadi sekarang MG dah berkerjaya, jadi
semestinya jenama Reebok menjadi pilihan MG ketika bersukan dan beriadah.hehe..
Macam jenama yang lain jugak, Reebok
menawarkan rangkaian barangan sukan yang lengkap dari pakaian ke kasut sukan,
peralatan sukan sampailah ke aksesori sukan seperti beg dan botol air. Wah ini
sudah baguskan, baru la lengkap dari hujung rambut ke hujung kaki kita dapat
bergaya dengan jenama tersohor ini. Jenama Reebok juga telah menjadi penaja
rasmi bagi beberapa pasukan antarabangsa seperti Liverpool dari tahun 1996
hingga tahun 2006. Lama jugak tu memang besar pengaruh Reebok ni di dunia sukan
antarabangsa.
Kalau dari segi keselesaan, jenama Reebok la
juaranya, ini kerana jenama ini dihasilkan dari material yang berkualiti dan
menyerap peluh. Jenama Reebok ditubuhkan pada tahum1895 di England dan
kemudiannya bernaung pula di bawah jenama besar Adidas pada tahun 2005 . Kalau
di kira sudah hampir 120 tahun jenama ini sudah ditubuhkan, satu jenama ni
kalau bertahan lama, sememangnya jenama ni ialah jenama yang bermutu tinggi dan
selesa kan.
Selain koleksi pakaian seperti t-shirt dan
singlet, Reebok juga menyediakan koleksi seluar sukan yang amat selesa dipakai.
Reebok juga turut menawarkan koleksi kasut sukan dengan pelbagai warna yang
menarik yang berupaya melancarkan lagi aktiviti sukan anda dan tidak memberikan
kesakitan pada kaki.
Wow, cuba
tengok rekaan dan corak pada botol air, beg dan rangkaian Reebok ni,
sememangnya cun habis. Sememangnya kalau dari segi harga juga, jenama Reebok
jatuh dalam kategori mampu milik dan setanding dengan harga barangan sukan dari
jenama lain. Jadi apa tunggu lagi dapatkan barangan Reebok sekarang . MG pon
nak dapatkan barangan jenama ini, barulah dapat beriadah dengan yakin kan.hehe
Sekarang ni
Zalora pon ada jual tau barangan Reebok ni..hah kan senang tak payah nak buang
peluh dan cari parking bagai. Kita terjah ja website Zalora atau ke link ni Reebok Malaysia.
Happy Shooping ya
Tuesday, September 22, 2015
DIY SABUN BELON GERGASI
Assalamualaikum
wah..tetiba hari ini ada mood untuk berblog ya
MG sangat sibuk sangat la ni..tak sempat nak jenguk blog
hari ni free sikit,:)
Sekarang ni kan tengah hot dengan belon gergasi
pi ja kat dataran Putrajaya tu ramai orang dok main
tapi dulu la..sekarang ni lama dah MG tak pi ke situ
kat situ ada jual tak silap sebesan air sabun tu rm5
syoknya la hai main buih sabun
tapi lama-lama parah jugak nak beli selalu walaupon rm5 ja
ya la duit sekarang ni nukan macam duit dulu
better la ni kita simpan emas
1 gram sebulan pon tak pa, lama-lama banyak la
yang nak beli emas serendah satu gram sebulan jangan lupa WA MG 0195250915 ya
tetiba lari topik lak.hihi
ok, apa kata kita wat sendiri, tak susah pon
resepi ni MG amik dari FB Hanizam Nazri
Bahan-bahan
250 ml pencuci pinggan JOY
4 sdb tepung ubi kayu
1.5 liter air
hanger besi atau tali yang diikat dengan tali kain
Cara
Gaul bahan bubble sebati
dah siap, jom bawak anak-anak beriadah di taman
ni nak main sampai kecut pon x pa ni
selamat mencuba
Thursday, August 27, 2015
Selamat Menyambut Kemerdekaan ke 58 : Sehati Sejiwa
Assalamualaikum
MG dah kehilangan kata-kata nak menaip
mood tak sampai .huhu..
Mana lari tak tau
gambar-gambar raya pon tak upload
la ni banyak upload kat IG ja
sapa nak follow boleh ke IG ummi_abdullah ya :)
Just nak share gambar-gambar sempena nak menyambut Hari Kebangsaan Malaysia tahun ni
gambar ni banyak untuk kontest
jadi tak mau bagi dia hilang upload sekali dalam blog
bye
MG dah kehilangan kata-kata nak menaip
mood tak sampai .huhu..
Mana lari tak tau
gambar-gambar raya pon tak upload
la ni banyak upload kat IG ja
sapa nak follow boleh ke IG ummi_abdullah ya :)
Just nak share gambar-gambar sempena nak menyambut Hari Kebangsaan Malaysia tahun ni
gambar ni banyak untuk kontest
jadi tak mau bagi dia hilang upload sekali dalam blog
bye
Labels:
Contest,
Hari Kebangsaan,
Malaysia,
Praf For Malaysia
Subscribe to:
Posts (Atom)






























