.

.

Tuesday, November 2, 2010

Banjir di Kedah Semakin membimbangkan




Banjir di kedah semakin teruk, bagi orang yang nak kenduri kawin memang sedang bersusah hati dari sekarang la...rumet cik gold pon nak kenduri 20/11/10 ni...dia dah siap pening-pening dah tu

nasib baik la umah cik gold ni dikategorikan sebagai tempat yang tinggi...
kalu umah cik gold banjir, alamat habis la pekan alor staq tu

tapi banjir di Kedah selalunya tidak bertahan lama kerana bukan jenis bertakung, macam orang tua-tua cakap ayaq lalu saja..


kalau jenis bertakung memang parah sebab susah nak surut dan boleh menyebabkan penyakit merebak

bagi adik-adik yang nak exam besaq tu,bersabaq la ye...wat yang terbaik, jangan jadikan banjir sebagai alasan untuk tak perform ye (^_^)

mari baca petikan berita yang cik gold amik dari berita harian ni


ALOR SETAR: Seramai 15,509 penduduk daripada 4,292 keluarga di beberapa daerah di Kedah dipindahkan ke pusat penempatan banjir akibat dilanda banjir teruk sejak semalam.

Daripada jumlah itu 10,834 penduduk daripada 3,108 keluarga adalah dari daerah Kubang Pasu, manakala 3,478 mangsa daripada 927 keluarga adalah dari Padang Terap, 709 penduduk daripada 154 keluarga di Kota Setar dan 488 penduduk daripada 103 keluarga di Pokok Sena.

Jurucakap bilik gerakan Majlis Keselamatan Negara, Ridwan Yahya, berkata sebanyak 79 pusat penempatan mangsa banjir telah dibuka di keempat-empat daerah dan daripada jumlah itu, 31 di Kubang Pasu, 33 di Padang Terap, tujuh di Pokok Sena serta lapan di Kota Setar.

Sementara itu, beliau berkata empat pusat di Padang Terap telah ditutup dan 166 penduduk daripada 42 keluarga telah pulang ke rumah masing-masing.
Antara kampung yang terbabit banjir di Kubang Pasu ialah, kampung Changkat Setoi, Paya Lantau, Malau, pekan Changlun, Jitra dan Kodiang, manakala bacaan paras air sungai Bata melepasi paras bahaya iaitu 10.22 meter (paras bahaya 9.14 meter).

Di Padang Terap antara kawasan yang terbabit ialah Mani A, Mani B, Mani C, Tanjung, Labi, Kuala Janing, Felcra Tualak, Bendang Raja serta Padang Sanai.

Bacaan paras air Sungai Kuala Nerang telah melepasi paras bahaya iaitu 20.94 meter berbanding paras bahaya 17.07 meter manakala tiga lagi sungai iaitu Sungai Padang Sanai di paras 33.45 meter (paras bahaya 36 meter), Sungai Kubu di paras 15.50 meter (paras bahaya 13.02 meter) dan Sungai Naka di paras 31.97 meter (paras bahaya 33 meter). Di daerah paling teruk dilanda banjir iaitu Kubang Pasu, air semakin naik walaupun hujan telah berhenti kerana aliran air dari daerah Padang Terap.

Sementara itu senarai jalan yang ditutup adalah seperti berikut: Daerah Kubang Pasu (Jalan Pauh–Changlun; Jalan Bukit Wang–Malau; Jalan Jitra–Kelubi; Jalan Jitra–Kodiang; Jalan Kampung Betung–Kampung Kanyau; Jalan Kampung Darat–Kampung Belihal; Jalan Jitra–Bukit Wang; Batu 4 Jalan Changlun–Kodiang; KM28 Lebuhraya Utara Selatan (dekat Jitra); KM10.2 Lebuhraya Utara Selatan (dekat Changlun); Jalan Ulu Pauh–Changlun; dan Jalan Tanah Merah–Wang Tepuh.

Daerah Padang Terap (Jalan Kuala Nerang–Padang Sanai; Simpang Jelutung; Jalan Semilang; Jalan Kampung Rambutan–Kuala Kajai; Jalan Kilang Gula Padang Terap–Kampung Pokka; Jalan Kampung Banggol–Padang Sanai; Jalan Kampung Padang Cenderai–Kampung Baru Ladang; Jalan Kampung Tanjung Kiri–Kampung Tanjung Kanan; Jalan Kampung Tualak; dan Jalan Kampung Kubu. - BERNAMA

bagi penduduk pulak, time ni la kita leh tengok wakil rakyat yang turun padang bantu kita ye...sila bersiap sedia untuk pilihanraya yang semakin hampir ni

Dato Syed Sobri (adun kuala nerang)

untuk kanak2 ribena lak, jangan gatai nak main ayaq ye...nanti lemas sapa yang susah??


7 comments:

  1. Semoga banjir cepat surut. Selamat berkenduri, kalau keduri kahwin Selamat Pengantin Baru. Semoga majlis dapat diadakan dengan lancar dan meriah.

    ReplyDelete
  2. seronoknye budak2 ni main air... huhuhu

    ReplyDelete
  3. kesiannya mereka kan sis, bayangkan kalo kita yang mengalami ni...simpati tuk mereka..huhu

    ReplyDelete
  4. moga keadaan akan pulih sediakala...amin!!!

    ReplyDelete
  5. ye la sekarang musim banjir kan kat sana... tapi kan?? sian ngan diorang kat sana moga akan pulih seperti biasa

    ReplyDelete
  6. sian la ek dak2 nak amik pekse...harap semua yg terlibat akan terus tabah dan bersabar dgn dugaan...

    ReplyDelete
  7. sian kat depa kan

    p/s=jemput join Giveaway yong ek

    http://www.alinacshoppe.com/2010/11/giveawayalinac-membership.html

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails