.
Tuesday, November 6, 2012
Kisah Eksiden (28/10/2012) Part 2
sambungan dari Part 1
pas ja eksiden, kami suma kuaq dari keta
jalan memang tak yah cita la jem dia
sebab 1 lane ja leh guna
suami dah kol towing perodua
sementara tu, MG dok tawakal tak abeh lagi
dengan masih berharap baby akan bergerak
dan juga takut kalau2 kuaq darah ka apa ka
time tu memang tak kuaq darah lagi
sementara geng-geng laki yang eksiden dok berbincang sesama depa
towing pon datang la
setengah jam gak tunggu
dah setel towing kami suma naik la keta
merasa la dok lam keta yang di towing
sambil tu dok makan lagi buah delima sebab lapaq sangat
towing tu bawak masuk ke Kamunting untuk ke balai polis
sampai ja balai polis siap wat report suma
kami cari hotel
pakcik towing tu gak yang carikan hotel
bagus pakcik tu
dan dia jugaklah yang menghantar MG dan suami ke hospital Taiping
kami terus ke bahagian kecemasan
pastu MA kat situ terus rujuk MG ke bahagian Labour Room
huhu...sangat cuak time ni
takut la kena paksa beranak ka apa ka
macam-macam dah dok lam pala otak ni
bila pi situ procedure dia MG kena masuk wad
sebab depa nak pantau selama 24 jam
mana la buleh MG masuk wad
kami tak dak sedara kat sana
kenderaan pon tak dak..
Esok dah nak balik Kedah
pi ke hospital tu jam dah kol 12 lebih
tapi satu la..nurse dan doktor hospital Taiping memang terbaik
MG amik keputusan nak pi klinik swasta
sebab MG nak result masa tu jugak
depa la yang sibuk-sibuk cari kan teksi
kol balai polis la mintak tolong untuk hantarkan kami ke klinik swasta
last skali, kami tumpang ja ada sorang doktor yang nak kuaq
sebab teksi tak dak
heran gak kat hospital tak dak teksi...mungkin sebab malam kot
dah sampai ke klinik swasta
doktor specialist nak scan tak dak plak
jadi memang malam tu tak scan
dan tak tau apa kesudahan bebi lam perut ni..huhu..
kami pon balik la ke hotel ngan jalan kaki
jauh gak jalan nak sampai ke hotel
lenguh kaki
balik ke bilik, mandi dan sembahyang dan tido..
time tido tu la MG menangis semahunya
suami pon tak tau nak kata pa
sapa tak sedih kami tak tau apa nasib bebi lam perut ni
keesokkan harinya, masa pi perodua untuk setelkan keta
ada klinik ibu dan anak , terus la MG pi
dan alhamdullilah, jantung bebi masih ada
tapi menurut doktor, dia hanya leh cek jantung
kena pi gak ke hospital kerajaan untuk cek lebih detail
kita mana tau kan keadaan dia di dalam tu
bila MG tanya kenapa tak rasa pergerakkan bebi kat doktor
doktor kata mungkin sakit kat perut lagi kuat
tu yang tak rasa pergerakkan bebi tu
ok la kalau cam tu..
pas dah setel semua kat perodua
orang perodua hantaq kami ke stesen bas Kamunting
bagus servis orang perodua ni, ada dokumen tertinggal kat hotel pon depa tolong amikkan
sampai stesen bas lam kol 12.30 tghari
bas yang ada nak ke Butterworth hanya pada pkol 4.30 petang
mana la buleh nak tunggu lama-lama
sebab nak ke Hospital lagi nak cek dan amik MC untuk cover ari isnin tu
terpaksa la amik teksi
mahal jugak la bayaran teksi tu...
melayang lagi duit
dah sampai kat Butterworth, setel sembahyang dan makan
kami ( MG, suami dan adik ja..abang ipar dah balik ke KL naik bas) bertolak ke Alor Setar (AS) naik bas jugak
lama dah tak naik bas ni..syok gak
lam bas kami lena sampai sampai
lam kol 4 lebih kami pon sampai ke AS
Kat sini ayah MG datang amik
yang lawaknya, kami usung jugak setandan pisang yang mak bekalkan untuk balik ke umah KL
ingat-ingat balik, sedekah kat orang perodua pon ok
tak payah nak angkut naik teksi dan bas suma.hehehe..
ayah datang amik dan balik ke umah dulu
pas maghrib baru pi ke Hospital Sultanah Bahiyah untuk pemeriksaan lanjut
pi tu terus dapat fast track dan terus masuk pi cek kat bahagian kecemasan
kat sini pon depa scan ja dan nampak jantung bebi dok berdegup
pastu depa antaq lak pi labour room
kat sini dok lama..sebab doktor tak dak kot
ada doktor pelatih ja dua orang
kat sini pon stakat scan ja
MG ingat nak kena jolok ngan benda pa tah yang ada kat situ
nasib baik tak kena.hehe
doktor pon cakap ok..tak payah ada follow up
MG ingat dah kena tidoq wad dah malam tu
walaupon doktor cakap ok
tapi MG still ada perasaan takut jugak..
takut bebi tercedera
sebab kuat jugak hantaman tu..
untuk hari ni kesan lebam dan timbul..
betul-betul saiz seatbelt
masa checkup ke 22 weeks ari tu kat Klinik Mesra
lam scan cam nampak jelas ja kaki tangan bebi
syukur Alhamdullilah
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
alhamdulillah..
ReplyDeletenasib baik xdak apa²..cuak jugak baca sepatah demi sepatah ayat MG..hehe
nasiib ok..alhamdulillah
ReplyDeletemacam2 dugaan MS..nasib takda pape
ReplyDeletedugaan betol..nasib baik xda ape..take care ye, jaga kndungan elok2 :)
ReplyDelete