Assalamualaikum
entry kali ni kena tulis cepat-cepat
takut lupa, dah lama abeh pantang ni
la ni baru nak wat kan..
perihal Umayrah time lepas bersalin kena masuk wad pon belum cita lagi ni.hehe..
tak pa cita pasal berpantang dulu
Pas operate dalam pukul 10.30 MG dimasukkan ke wad
time ni tak leh jumpa Umayrah
sebab dia kena tahan sebab MG ni GBS Carrier
keesokkannya makan makanan hospital
sekali depa jamu betik
MG apa lagi sapu la..tak tau kata kalau pantang tak leh makan
nasib baik ok..tak jadi pa,,ya la betik kan sejuk
pastu terus MG hati-hati nak makan makanan hospital
selepas 2 hari ditahan MG dibenarkan pulang
cas untuk bersalin secara ceaseran di hospital kerajaan ialah rm4k lebih
tapi telah disubsidi kan banyak untuk rakyat malaysia
untuk MG adalah free sebab MG staff gomen
kakak sebelah pon c-zer, tak silap kena seratus lebih ja
kalau normal MG tak tau cas bapa
MAKANAN
start berpantang kat umah memang heaven
tak payah wat keja satu pon
makan mak masak, tapi resepinya yang besa ja..
samada ikan bakaq, ayam bakaq dan sayuq bayam untuk minggu pertama dan ke2
minggu selepas tu dah boleh makan kari dan asam pedas utara
makanan semasa berpantang ni depend kepada badan dan orang yang menjaga kita
contoh mak MG bagi makan kari
tapi orang lain mungkin tak bagi
dia depend jugak dengan badan kita
ada yang tak leh makan ikan kembong, tapi MG ok ja belasah
kalau orang lain jemu makan makanan pantang
MG lak suka, janji pedas
memandangkan tak leh makan sambal belacan
MG gantikan dengan lada hitam
memang sedap
kadang-kadang makan sup ayam dengan sambal kicap
sedap jugak :)
MG cuma makan nasik tengahari ja
malam makan biskut
jadi tiap kali timbang mesti sentiasa kurang
last skali masa dekat2 nak abeh pantang tu berat dah 63.5 kg ( berat MG masa tak pregnant ialah 59-60 kg)
kira ok la kan
tapi sekarang dah lama tak timbang sebab cuak.hehe..
nafsu makan tengah menggila
JAMU
Untuk jamu, MG hanya start makan selepas abeh ubat yang hospital bagi
ya la MG kan c-zer, mak lak semua bersalin normal
dia pon kurang pengalaman nak jaga MG ni
dah abes baru start ngan set bersalin afiat
makan jamu pon tunggu si Umayrah abes kuning dulu
cita pasal set afiat kita cita lain kali
time ni MG pon makan vit Shaklee..
URUT DAN MANDI AKAR KAYU
memandangkan MG czer, berurut hanya di wat time ujung-ujung pantang ja
kakak tu urut tak sentuh pon bahagian perut
memang best berurut, sebab MG sakit gila di bahagian belakang
pas urut lega
bab mandi air daun lak yang tak best
bila mandi tu badan MG naik bijik-bijik satu badan
kulit MG memang tak tahan pon
mudah gatal-gatal
last skali memang banyak la parut cam parut kudis tu
dah la susah nak ilangkan dia balik
malu kalau orang tengok kaki dan betis.hehe..
akaq kayu disediakan oleh mak sedara
dia la yang pulun pi sana sini cari daun
terima kasih ye cik yam..
mak lak tukang rebus
BENGKUNG DAN BERTUNGKU
MG tak berbengkung dan kesudahannya perut agak buncit.huhu...
Bertungku tapi di minggu akhir pantang
malas la nak tulis sebab kecewa perut buncit,huhu...
PERSEKITARAN
berpantang memang best
seronok duduk lama dikampung
teringat kembali kenangan masa kecik-kecik bila kembali duduk bersama mak ayah
duduk bersama adik-adik
tiada tekanan, kepala sentiasa tenang
dengan kasih sayang mak, ayah, adik-adik dan sedara berikan
membuatkan tingin lagi nak berpantang
MG pas abeh SPM terus kuaq dari umah sampai la ni
jadi bila leh balik dok kampung lelama cam ni memang la best
time ni sangat la terasa menghargai jasa-jasa mak ayah melahirkan dan membesarkan MG
Betul Bersalin ni dapat menambahkan lagi perasaan sayang dan hormat kepada ibu bapa
sebab kita sendiri dah ada anak
dan merasai peraasan depa
time nak balik mai selangoq memang sedih gila
ya la dah 3 bulan dok ngan mak kan
tingin nak rasai lagi, tapi MG dah takut nak beranak..
cam na nak wat ye
suria pn czer jugak..
ReplyDeletepengalaman semua sama ja dgn MG..hehe
tp suria x boleh mkn ikan kembong, rasa tersiat2..
byk jugak MG boleh mkn, suria tetap mkn cam org beranak normal..hihi