.

.

Tuesday, December 9, 2014

Percutian bajet ke Langkawi Part 2~ #triplangkawi2014

Assalamualaikum

Jom sambung Part 2 pulak..
yang nak ke Part 1 klik sini na.... Percutian bajet ke Langkawi Part 1~ #triplangkawi2014

ada sambungan sikit semalam
dah kami sampai ke Ulam Inn , Padang Mat Sirat tu
dah setel mandi dan letak barang
kami bergerak ke Dataran Helang
pergerakkan senang sebab guna Navigation
tapi kalau anda dah 2 3 ari sini anda dah senang dan cam jalan
sebab Langkawi ni kecik ja..pusing-pusing kot situ jugak.hihi...

ok, hari ke 2 dimulakan dengan ceria
tau sebab pa, sebab kami tidoq dengan selesa
aircond function dengan baik dan bila pagi anda akan dikejutkan dengan kokokan ayam
haha...mana nak dapat di Kajang ni oi...
pas mandi semua kami pon bergegas nak check out
hari ini famili MG dari Kuala nerang akan datang dan bercuti bersama kami
jadi untuk hari ini dan seterusnya kami akan menginap di Homestay

suasana masih awal, jadi kami pon cari kedai makan area sini Padang Mat Sirat jugak
sebab senang, jadi untuk pagi ni kami Brunch terus
menu gulai ikan temenu (kembong), ulam-ulaman, masak kicap sotong
makanan ni suma cukup rasa tak dak lebih dan tak dak kurang
rasa cam balik kampung ja
umayrah lak makan ngan masak kicap sotong
kali ini senang bawak umayrah jalan sebab dah boleh makan nasik keras
pergi bandung ari tu susah gila.huhu...

Beras Terbakar



dah sudah makan kami try untuk cover tempat bersejarah di sini dulu
untuk pengetahuan anda, tempat Beras Terbakar ada di area ni tau
dikawasan ni ada banyak tempat jualan
dari kain batik sampai la ke minyak gamat keychain dan sebagainya
bagi MG kalau sapa nak beli kain batik baik beli sini
beli kain batik Mambu Kuning kat sini baru rm22
kalau kat tempat lain dah rm27
bl FM dan sevenier yang lain pon kat sini
MG saja nak servey dulu, last skali beli kat sini jugak sebab dah murah.hehe

ok dah setel kami bergegas le rumah sedara kat Kuah
sebabnya kami akan sewa Avanza dari kawan kepada sedara ni
dapat lagi murah rm120 ja sehari, maklum ja la pi time cuti sekolah kan
disamping itu menunggu rombongan dari kampung yang dijangka tiba pukul 12 nanti
depa naik feri

Famili Angah di Kuah


avanza dah amik, famili pon dah sampai
dapat makan tengahari kat umah sedara tu lam pukul 3 kami gerak balik ke airport
untuk hantar balik Viva yang kami sewa semalam
percutian dengan famili memang best
itu ja yang boleh MG gambarkan kepada semua
jadi jangan lokek untuk belanja famili anda
kebest-san yang anda kecapi tak ternilai dengan duit yang abeh tu
tiba-tiba dah start planning nak pi Cameron Highland lak ramai-ramai.hehe

Homestay Taman Nilam



sebelum pi airport kami semua pergi hantar barang dulu kat homestay di Taman Nilam yang kami sewa
puas hati dengan homestay ni
dia under LADA dan kami bayar harga untuk staff LADA
sangat jimat untuk famili besar cam kami
dalam ni ada 3 bilik dan 2 bilik ayaq
induction cooker, set pinggan mangku dan peti sejuk
Alhamdullilah memenuhi keperluan kami

masa kat airport ni sesuatu berlaku
masa nak kemas2 lam viva kot-kot ada yang tertinggal tu
MG terletak handphone atas bumbung keta
masa en Gold hantar tu pon dia tak perasan handphone tu atas keta
besa la dengan anak kecik ni selalu benda akan jadi kalut sampai terlupa nak amik

bila dah sedar tu kami try kol handphone tu
Alhamdullilah berjawab, nasib baik orang yang jumpa tu jujur
dan dia akan pulang balik tapi dia dah tak dak kat airport
dia dah pi makan laksa kat pantai cenang
kami pon kebetulan nak pi pantai cenang jugak
jadi setel lah problem tersebut
katanya dia jumpa handphone tu atas jalan
dan nyaris nak langgar
nasib baik tak rosak.hehehe...

dah dapat handphone kami ke Pantai Cenang yang happening
kat sini anda leh tengok orang naik jetski
ada parasailing dan macam-macam aktiviti laut
nak mandi pon boleh
teruja sangat nak naik paraisailing
cakap ngan en gold
nanti Umayrah dah besaq nak mai sini balik dan nak try parasailing
en. Gold tak bagi, sebab katanya akan ada beach boy yang akan naik sekali kita
untuk jaga keselamatan kita
kalau beach girl dia bagi.huhu...
ada ka beach girl memang tak dak la kan
kos untuk naik parasailing rm110 sorang
MG tengok kat banner ja
mungkin leh dapat murah kot kalau try tawar.hehe

Di Pantai Cenang











kami dok sini sampai gelap
untuk solat magrib kami jamak dan buat di homestay nanti
untuk makan mlsm ksmi try nak makan kat area pelancongan kat pantai cenang tu
tapi tak jadi, mahai gila
sepinggan bihun rm9 kalau makan 2 org buleh la
ini sefamili 8 orang mau kopak
dah la percutian bajet katanya

last skali kami singgah satu kedai makanan Thailand
kat area ni jugak, hatrga pon tak la murah sangat
mungkin kat touris spot kot
walaupon kedainya besa-besa ja

dalam perjalan balik ke homestay kami singgah di Haji Ismail Group untuk coklat
beli coklat kat sini tak la murah sangat
tapi boleh la kalau nak beli
coklat ada bermacam jenis
kalau Daim rm16.++
Kisses rm12++
cadburi 2 papan besar baru rm12++
habis juga rm200 kat sini untuk coklat saja,.huhu

mak dan adik banyak beli pepero
sedap jugak ye pepero tu, bari 1st time rasa
Umayrah pon suka
dan setel beli coklat, kami pon balik ke homestay

malam ni kena tidoq awai
esok kai akan pi Island Hopping
dah janji jumpa pukul 9 pagi
bye...!












No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails