.

.

Friday, December 5, 2014

Percutian bajet ke Langkawi Part 1~ #triplangkawi2014

Assalamualaikum

dok saja -saja ari tu boleh plak termasuk web MAS
kebetulan MAS tengah wat promosi
ke Langkawi hanya rm252 return for 2 deawasa dan 1 baby
apa lagi trus grab lah, kebetualan pulak si Umayrah masih dalam kategori infant lagi
walaupon saiz dah macam anak gajah.huhu... 

harus lah amik peluang ini tiketnya pada 29/11/14 dan balik lak pada 2/12/14
Jadi sebelum pi tu servey- servey dah dulu hotel atau homestay kat sana
jadi tersearch satu chalet ini namanya Teratak Sireh Warisan
memang cantik la tempat dia suasana kampung dengan rumah kayu,
di kelilingi pokok buluh yang cantik MG terus terpaut la...
memang plan asal pon nak cari chalet/hotel yang suasana klasik ni
jadi tanpa membuang masa MG kol untuk booking
harga bilik yang di tawarkan rm70 semalam dan MG pon bertanya untuk bayar booking
pekerja tu cakap, tak pa tak bayar bayaq...
lagi 2 hari kan nak mai...tak payah bayaq la..
ok MG pon rasa ok la kan jadi setel lah bab hotel
jadi pada hari kejadian 29/11 kami anak beranak kuaq umah dari Kajang lebih kurang pukul 3 petang
saja nak kuaq awal sebab nak cari makan dulu
MG malas masak. bukan apa nanti banyak keja lak nak membasuhnya plah.hehe..  
malas sebenaqnya


flight pukol 6.10 petang
Tapi sebelum tu, ada pangilan dari chalet,
saja dia nak konfrim kami jadi mai ka tak of cos la jadi pi,
MG sempat lagi update kami akan sampai malam dia pon cakap ok
jadi kami park keta kat Putrajaya sentral kan parking kat situ murah
tapi sekarang dah penuh kereta kat situ puas jugak nak cari yang kosong

Parking kat stesen Putrajaya Sentral

pada yang tak tau, tiket KLIA transit dari stesen purajaya cyberjaya dalam rm6.++ ye sorang
perjalanan sangat smoth dan kami pon naik la flight
Umayrah macam biasa la akan amuk sebab boring
walaupon ada skrin dok tayang cita kartun depan dia
nasib baik mak ngan ayah sangat sabaq walaupon ayah hampir hilang sabaq.hehehe..
lebih kurang 50 min sampai la kami anak beranak ke Langkawi International Airport


Umayrah dah start nak wat onar

Kat airport ni memang banyak orang akan tawarkan keta sewa kat anda
mula-mula depa letak 1 viva rm100 sari
bagi MG mahai, jadi kami cari lagi, semua ejen pon bagi rm100
last MG try la mintak kurang last dapat rm70 sari
syukur la kan.hehe..
standard la harga cuti sekolah, kalau tak murah lagi.huhu..
bila dah sampai, MG on la phone nah ada 4 miskol dari chalet

jeng...jeng...jeng...peristiwa mencemas pon bermula
tiba-tiba ada satu lagi pangilan dari chalet pemanggil tu cakap chalet dah penuh,
sebab MG tak jawab phone dan tak bayaq booking  
MG dah start nak maki dah
kan saya nak bayaq ari tu cakap tak payah?
MG dah menyinga pemanggil jawab..
tak tau la bos dah jual kat orang lain

MG pon malas layan biaq la kat dia
biaq la...biaq MG cari lain
tak ingin nak terhegeh-hegeh merayu atau marah kat dia
nekad nak cari lain!
cuak juga nak pikir kebetulan sekarang ka musim cuti sekolah
mesti bilik tak dak atau pon kalau ada tapi mahai
setelah kol beberapa hotel dan chalet dan jawapannya penuh
kami pon singgah kat foodcourt kat Padang Mat Sirat sebab lapaq
si umayrah pon lapaq

dah sudah makan MG decide nak tanya tokey foodcourt kot-kot tau ada chalet ka hotel ka
tokey cadangkan pi tanya kat chalet kat sebelah foodcourt ni
sebab keta tak penuh pon parking depan chalet tu mungkin ada kosong dia kata
tiba-tiba baru nampak chalet tu..hehe
sebelum i tak nampak walaupon 2 3 kali lalu situ
tak buang masa terus pi tanya dengan harapan yang menggunung
penat weh dah jalan jauh bilik tak

Di depan Ulam Inn, Langkawi

Alhamdulillah ada weh siap chalet attach bilik air lagi toilet pon bersih
suasana kampung klasik, atap rumbia...wahh....syok gila
owner lak peramah, bilik tu harga rm120 semalam dia bagi rm100
ada hikmah sebalik tak dapat kat chalet kansel last minit tu
ekon pon sejuk kat bawah umah tu ada ayam belanda lagi
kucing pon banyak, suka umayrah main kucing 

Hiasan di dalam Chalet

Berakhir part 1

Nak tau lebih lanjut pasal chalet ni? klik sini Ulam Inn Langkawi
wah promosi ni..owner kalau baca blog MG leh la bagi diskaun kalau pi Langkawi kan.hehehe

2 comments:

  1. Salam Akak, ada tak no telefon ulam inn ni? berminat nak duk sana le. terima kasih ye.

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails