.

.

Monday, December 15, 2014

Percutian bajet ke Langkawi Part 3~ #triplangkawi2014

Assalamualaikum

Yang nak baca entry Langkawi yang lepas klik sini ye
Percutian bajet ke Langkawi Part 1~ #triplangkawi2014
Percutian bajet ke Langkawi Part 2~ #triplangkawi2014

Ok, pada hari ke 3 ni kami perlu bangun awal
sebab dah janji nak Island Hopping pukul 9
jadi pagi ni kami masak nasik dan sardin untuk bekpes
biasa la bercuti ramai-ramai ni puas menjerit baru nak bangun
adik MG memang suma liat-liat nak bangun sumanya
selagi tak kena jerkah memang tak bangun

sebenarnya kami agak lewat skit
dalam 9.15 baru sampai ke Pekan Rabu, Kuah
Jeti untuk ke Island Hopping berdekatan sini
harga tiket asal rm25-rm30 sekepala
kami bertuah sebab ada sedara yang tolong belikan
jadi untuk ini MG bayar rm230 untuk 1 bot
jadi dapat murah skit
senang kami sefamili ja lam bot
baru best..tak campur orang

Pulau pertama yang kami pi ialah Pulau Beras Basah
memang cantik pulau ni
air jernih
selama ni MG dok tgok air laut yang keruh di Penang dan PD
Agak jakun la jugak tengok air jernih kehijauan ni
kat sini memang ramai orang mandi manda
adik-adik pon mandi
MG malas lagi pon tak bawak baju
si umayrah lak takut nak main air
jadi dia main pasir ja kat sini



MG tak pasti siapa yang menjaga keberihan kat sini
tapi berharap sangat managment kutip sampah-sampah seperti plastik kopok dan sebagainya
sayang tempat secantik ini banyak sampah
pelancong asing pon ramai
time kami pi tu ramai pelancong asing, mungkin dari Jepun atau China
kebetulan lak banyak monyet kat situ
berebut depa amik gambaq,hehe
kat tempat depa tak dak monyet kot.hehe
jaga-jaga tau monyet ni suka amik barang-barang kita
nanti jenuh nak pujuk nak amik balik barang tu.hehe


anak gajah ni buang baju sebab basak men pasir kat Pulau Beras Basah

Selepas tu kami di bawa ke tempat Eagle Feeding
orang dari bot akan bawak kulit dan perut ayam untuk di beri makan kepada helang
banyak jugak helang yang mai makan
umayrah syok tengok helang
kat sini sat ja kami singgah lam 5-10 min
cukup la kan nak tengok pa burung lama-lama

Eagle Feeding


Pulau Dayang Bunting


next destination adalah Pulau Dayang Bunting
apa la nama mai Langkawi
tapi tak menjelajah tempat ni kan
Pulau Dayang Bunting terbentuk hasil runtuhan gua batu kapur yang besar
kawah gua tu menampung air hujan
lalu jadi lah tasik air tawar yang besar.
itu dari segi sains
ada juga mitos mengenai tasik ni tapi agak lupa la
kisah 2 orang bunian bercinta, ada naka pastu anak mati dan disemadikan di tasik ni
tak pa hampa mai sini nanti hampa baca na.hehe..
kat sini juga katanya kalau sapa-sapa susah pregnant
datang sini, minum air kot
dan akan pregnant
wallahulam, tak leh caya sangat nanti jadi syirik lak



nak ke tasik ni puas jugak menapak naik tangga
kebetulan kami bawak anak gajah kecik
memang penta sangat la
MG dan En. Gold gilir bawah anak gajah tersebut.hehe

ini la yang kita boleh sewa tu

kat tasik ada perhidmatan sewa kenderaan yang boleh anda kayuh untuk bersiar di situ
apa ye nama benda ni
MG pon tak tau
tapi series best
kami cover sampai ke hujung tasik
alang-alang sewa kan haruslah kita manfaatkan sehabis boleh
ok harga sewa benda ni ialah rm30
cuak gak bila ada kat tengah-tengah tasik ni
macam- macam benda negatif timbul kat kepala ni
takut tenggelam la..takut apa-apa keluar dari tasik la..hehe

syok woo dok kat sini
sejuk ja..
lebih kurang sejam jugak lepak kat sini
pastu kami pon bergerak pulang..nak kena mendaki lagi ni
memang menguji ketahan bila menbawak anak gajah comey ni

pada masa ni kawasan Pulau ni banyak yang senang renovate
nampak macam dok bina stall-stall
jadi agak tak cantek la pemandangan di kaki pulau ni
jadi tamat la sesi island hopping
serius best, saya yang nak mai ke Langkawi harus datang kesini

kami sampai ke jeti lebih kurang pukul satu
memang sangat lapar
tapi nasib baik kami suma dah sarapan nasik bekpes tadi
jadi boleh kami berisland hopping dengan best dan tak lapaq
mana syok nak jalan kalau lapar kan
sebab tak ada makanan di pulau-pulau tu
lagi satu tak payah la bawak makanan nanti pulau-pulau kita tercemar pulak dengan plastik dan bekas makanan kan

misi selepas sampai ke jeti ialah cari makanan
kalau boleh nak makan -makanan kampung kan
tak mau makan kat pekan Kuah ni
jadi kami wat keputusan untuk singgah ja kat jalan di dalam perjalanan ke makan mahsuri nanti

panjangnya entry ni...
kita sambung next episod naa..












1 comment:

  1. ish la jeles sungguh suria p jugak baru minggu lepas tp sepupu kawen xdan jalan.hihi
    walaupun kampung sebelah mak langkawi ni, x penah jejak lg tasik dayang bunting ni..jadi jakun jugak hihi

    suria selalu island hopping ni p ikut tanjung rhu xtau pulak kot pekan rabu tu ada jugak.

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails