.

.

Monday, November 26, 2012

Pureen Warehouse Sale 24-25 Nov 2012


Assalamualaikum

nak update pasal sale pureen ni
best gila ye pi sini..
patut la ramai ja orang serbu
memang berpatutan la harga dia

pada asalnya MG ingat memang tak jadi dah pi sale ni
sebab minggu lepas dapat kol dari perodua
keta dah siap
jadi MG dan suami balik Kedah pada tengahari 23/11/12
kami keja half day
sebabnya nak amik keta kat Kamunting ari sabtu esoknya
sabtu lak perodua buka halfday ja
jadi memang agak rushing la balik kali ni
kami sampai umah lam kol 9.30 malam
ujan sepanjang jalan
dah la saga yang kami naik tu tak boleh nak nampak cermin dia bila ujan
sebab viper dia jadi apa tah
memang tawakal lak balik
bawak slow-slow keta

esoknya awal pagi kami ke perodua
amik keta
macam-macam la problem kat sini ja
leh MG cakap kat sini
keta tak siap sepenuhnya
tak pa la lain kali cita bab keta
jadi petang tu kami bertolak balik Kajang
hehe..ada harapan ni nak sale tu
ajak suami, dia pon ok

ari ahad..lam kol 9.00 pagi kami kuaq umah nak ke PJ
memang tak tau la jalan
kami redah ja
last kali sampai gak..sampai lam kol 10 lebih kot
orang memang ramai la
tapi tadi baca lam blog lain
depa cakap ari sabtu lagi ramai ye?
sampai ja terus capai beg ikea depa tu
terus la rembat apa yang patut
dari wet tissue, ke mandian, ke kain napkin suma rembat la
cari gak kat mana tempat baju ni
ooo...rupanya kat belakang
terus la pi sana..orang memang ramai kat sini
tapi yang tak syoknya baju untuk NB dah tak dah
MG dapat selai ja..tu pon tak dak seluar

keadaan orang ramai kat ruangan baju

last skali amik la 4 lai lagi baju saiz S
nampak gayanya untuk baju kena pi supermarket la nanti
kat seksyen ni dapat grab towel 2 helai, mitten dan booties 5 helai
selimut ada hoodies 1 helai
dan bantal peluk dan bantal 1 set
cari tilam tak dak plak



pastu pi balik kat area toiletriess tu
amik detergent dan sabun serbuk tu
dish soap untuk botol bayi
beli diapers, maternity pad lagi
hehe..best la shopping kat sini



suami cam besa la dia kan dok kat satu ruang dengan beg ikea tu
kalau dia ikut rasa rimas lak
jadi biaq la dia tunggu kat situ.hehe
MG yang akan amik barang dan longgok kat dia
last skali penuh 2 beg ikea tu barang kami

muka orang letih.hehe



setakat ni barang baby dah complete 90% dengan sekali beli ja
sebab sebelum ni memang kami tak beli apa pon
untuk shopping kali ni abeh gak rm405
huhu...banyaknya..
sabarnya la..nasib baik dah almost complete

sikit ja barang ibu

yang banyak tak complete lagi ialah barang ibu ja
tak pa tu untuk bajet bulan depan lak
nak beli sekali harung mana mampu

muka puas.hehe

kesimpulannya memang berbaloi datang sini
next nanti pon ingat nak datang lagi
tapi nak datang awal skit
mas kat sini ada gak nampak sorang blogger
segan nak tegur.hehe..

barangan yang berjaya dirembat



3 comments:

  1. jelesnya dpt borong kt sini..mila beli kt mall jek, mahal tapi terpaksa sbb kuantan xdak sales bsaran cmni :(

    ReplyDelete
  2. byk da beli.. hoho.. mesti happy baby kua nnt.. skali shopping da 400 kan.huhu..byknyee

    ReplyDelete
  3. byknya beli...bestla pureen tue wat sale, kat sini xpernah ada huhuhu...

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails