.

.

Monday, October 18, 2010

Apa nak jadi dengan umat Islam sekarang ni??

apa nak jadi ye??

ini lah dikatakan dunia akhir zaman...banyak perkara yang bukan-bukan telah berlaku,dari kejadian buang anak, rogol merata-rata, bunuh tanpa perkemanusiaan

yang lelaki sibuk nak merempit dan isap dadah

yang perempuan, sibuk mengandung anak luar nikah, lari dari umah mengikut kekasih hati

tidak kurang yang menderhaka kepada ibubapa dan sibuk nak menambahkan bilangan orang tua di rumah kebajikan dan sebagainya...

bagi artis sibuk nak wat pembedahan plastik sana-sini dan cuba mengubah pemberian tuhan
dan, tidak kurang juga yang sibuk menukarkan agama!!!

Mari kita fahami definasi murtad


Murtad bermaksud meninggalkan ("keluar") dari sesuatu agama. Orang murtad boleh beralih kepada agama yang lain atau memilih untuk kekal tanpa agama (ateisme).

Terdapat juga orang yang murtad tetapi masih mengaku kekal dalam agama yang sama. Ini terjadi apabila seseorang itu menolak sebahagian asas kepada agama mereka tersebut tetapi patuh kepada asas yang lain. Dalam Islam, mereka yang mengaku kekal dalam Islam tetapi melakukan perkara yang jelas bertentangan dengan ajaran Islam, dianggap sebagai musyrik.

Kebanyakan agama menganggap murtad sebagai satu dosa.

Faktor berlakunya gejala murtad di Malaysia

1. Lemah pegangan agama.

2. Jahil tentang akidah dan hukum-hakam Islam.

3. Terpengaruh dengan tawaran kebendaan.

4. Faktor perkahwinan.



cerita ini cik gold baca dari harian metro

3 artis Indonesia didakwa murtad

Rianti

SEJAK beberapa bulan lalu, masyarakat Indonesia dikejutkan dengan tindakan beberapa selebriti negara itu menukar agama.

Seorang daripada mereka ialah Pinkan Mambo.

Penyanyi lagu popular, Kekasih Yang Tak Dianggap ini untuk kali keduanya dilapor telah menukar agama dan disahkan ibunya sendiri, Deetje yang nyata kecewa.
Walaupun belum pernah melihat Pinkan pergi ke gereja, Deetje berkata, anaknya sudah mula belajar agama lain sejak April lalu.

Menurutnya, Pinkan yang nama penuhnya Pinkan Ratnasari Mambo banyak berubah sejak kebelakangan ini.

Bagaimanapun, keputusan Pinkan menukar agama tidak menyebabkan Deetje merasa kehilangan anak.

“Anak merupakan titipan Allah dan kita tidak boleh mencintai anak 100 peratus kecuali pada Yang Maha Pencipta,” kata Deetje.

Artis cantik yang juga pernah menjadi VJ MTV Rianti Rhiannon Cartwright juga dikatakan telah meninggalkan Islam dan berkahwin dengan kekasihnya, Cas.

Perkahwinan mereka berlangsung di Gereja Old St Patrick, New York, Amerika Syarikat.

Rianti yang lebih dikenali dengan watak Aisha dalam filem agama, Ayat-Ayat Cinta, dikatakan sudah murtad sebelum berkahwin lagi, berdasarkan risalah yang dikeluarkan sebuah gereja di Jakarta Selatan.

Namun, ketika diminta mengesahkan perkembangan itu, pengurusnya, Adi,
enggan berbuat demikian sebaliknya berkata, dia tidak tahu menahu mengenainya.

“Saya hanya berkomunikasi dengan dia mengenai kerja. Yang lain saya tidak tahu,” katanya.

Dia mencadangkan supaya pengesahan itu didapatkan daripada paderi di gereja yang mendedahkan perkahwinan Rianti dengan penyanyi yang nama lengkapnya Alfoncius Dapot Parulian Nainggolan.

Bagaimanapun, pihak gereja juga enggan mengesahkannya.

Selebriti terbaru Indonesia yang didakwa meninggalkan Islam ialah Happy Salmah.
Happy dikatakan memeluk agama Hindu kerana mahu berkahwin dengan kekasihnya, Tjokorda Bagus yang keturunan raja.

Model dan juga pelakon filem yang dilahirkan di Sukabumi, Jawa Barat itu menjalani upacara pindah agama Hindu, dalam upacara yang dinamakan Sudhi Wadani di Villa Ibah, Ubud, pada 29 September lalu.

Sudhi Wadani adalah upacara dalam Hindu sebagai pengesahan ucapan atau janji seseorang yang secara tulus ikhlas dan hati suci menyatakan menganut agama Hindu.

Upacara yang mengambil masa sehari itu adalah antara syarat yang harus dijalani bila seseorang ingin berkahwin mengikut adat Hindu.

Mereka melangsungkan perkahwinan beberapa hari kemudian di Puri Saren Kauh, Ubud dengan mengikut adat istiadat Hindu dan diikuti dengan majlis di Sukabumi Sabtu lalu.

Mengenai dia menukar agamanya, Happy menegaskan, dia tidak akan berbicara secara terbuka.

“Saya tidak akan bercakap mengenainya,” kata Happy.

Segala hal yang berhubungan dengan keyakinannya, dia berharap menjadi rahsia hubungan perkawinan yang baru mereka jalin.

Isu masyarakat Islam Indonesia, baik lelaki mahupun wanita berkahwin dengan pasangan mereka yang beragama lain adalah perkara biasa sejak era Sukarno dan Suharto kerana sebahagian orang yang mendakwa ulama di negara itu berkata ia dibolehkan.

Namun, apa yang dilakukan oleh Pinkan, Rianti dan Happy ialah mereka memeluk agama lain untuk mengikut agama suami masing-masing.


apa nak jadi dengan orang indonesia ni. ini lah yang menyebabkan negara depa selalu dilanda bencana alam yang tak sudah-sudah

harap negara Malaysia yang tercinta ini kekal aman dan damai dan tetap menjadi negara Islam sampai ke kiamat nanti

9 comments:

  1. adoiii ape la nak jdi, donia nak terbalik

    ReplyDelete
  2. manusia bobokan..kejelekan agama yg kritis.Harus keduniaan menguasai kehidupan sosiali mereka.Bagaimana mereka mau menjawap pada sang pencipta?mau jawab guna sms atau survey peminat.?

    ReplyDelete
  3. subhanallah.. apa nak jadi dunia sekarang nie kan???

    ReplyDelete
  4. Saya tak nak komen tentang individu tertentu dan sebagainya. Cuma saya nak timbulkan tentang perihal murtad dan realitinya sendiri. Kita sering dikejutkan dengan cerita murtad yang "nyata", maksudnya mereka yang murtad dan "declare" diri mereka murtad. Walhal kita jarang memikirkan mereka yang murtad tapi tak declare. Benda ni berkenaan dengan aqidah, aqidah orang kita kadangkala tak tahu. Contohnya ada orang yang kita nampak macam biasa, tapi dalam hatinya sudah pun murtad, dan dia tak declare sebab dia takut, atau tak mahu kecoh. Untuk murtad bukannya perlu buat permohonan di pejabat agama atau pejabat pendaftaran, niat di hati saja dah cukup. Kepercayaan adalah sesuatu yang perlu dicari, bukan semata-mata diturunkan. Cara nak cari, mungkin berlainan untuk setiap orang seperti mana yang telah diberi panduan oleh Rasulullah SAW dan yang telah ditentukan oleh Allah SWT sendiri akan bagaimana untuk ditemuinya.

    Sekadar coretan. :)

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails