Best tak, kalau tido malam diganggu nyamuk???
(T_T)huhu...memang tak best!!
nak bangun cucuh ubat nyamuk malas, nak selubung 1 badan ngan selimut panas lak,
definasi demam denggi : Demam Denggi merupakan sejenis penyakit yang disebabkan oleh jangkitan virus Denggi (genus Flavivirus) yang disebar oleh nyamuk Aedes betina.
Cara penyebarannya ialah melalui gigitan nyamuk aedes orang yang berpenyakit virus denggi kepada orang yang sihat. Terdapat dua jenis denggi yang paling berat iaitu Demam Hemoragik Denggi (DHF) dan Sindrom Kejutan Denggi (DSS).
Virus Denggi akan terpendam di dalam badan pesakit selama 3 - 14 hari (purata 4 hingga 6 hari) sebelum menunjukkan tanda-tanda.
Pesakit mungkin akan mengalami demam mengejut diikuti dengan berbagai-bagai tanda dan gejala tidak khusus.
Denggi dan denggi berdarah merupakan penyakit febril akut (acute febrile), dijumpai di kawasan tropika, dengan taburan geografi serupa dengan malaria.
Disebabkan oleh satu daripada empat virus serotype yang berkait rapat dari genus Flavivirus, famili Flaviviridae, setiap serotype cukup berbeza menjadikan tiadanya perlindungan bertindan (cross-protection) dan wabak denggi yang disebabkan oleh pelbagai serotype (hyperendemicity) boleh berlaku.
Denggi disebarkan kepada manusia oleh nyamuk Aedes aegypti (hanya kadang-kala oleh Aedes albopictus).
nak biaq ja lak, takut kena demam denggi, dah la area suma cik gold ni banyak nyamuk, selalu kena fogging!!
tapi nyamuk banyak cam tu la...(^_^) (penghuni taman tersebut agak pemalas kot.hehehe...)
kadang-kadang asap ubat nyamuk atau semburan ridset tu jadi alahan kat sesetengah orang, lagi pon ia jugak leh mencemarkan alam sekitar.
ha...cik gold ada cara yang murah dan mesra alam untuk menghalau nyamuk...sesuai dibuat kat sekolah ka, umah ka
nak tau??
mai cik gold nak habaq bagi
Bahan-bahannya
- 200 ml air
- 50 gram gula merah
- 1 gram ragi ( yang wat tapai tu)
- botol plastik 1.5 liter
Cara-caranya
1. Potong botol plastik di tengah.
Simpan bagian atas/mulut botol.
2. Campur gula merah dengan air panas.
Biarkan hingga sejuk dan kemudian tuangkan
di separuh bahagian potongan bawah botol.
3. Tambahkan ragi.
Tidak perlu dikacau
Ini akan menghasilkan karbon-dioksida (CO2)
4. Pasang/masukkan potongan botol bahagian atas
dengan posisi terbalik seperti corong.
5. Bungkus botol dengan kain atau kertas kaler hitam,
kecuali bagian atas, dan diletakkan di beberapa
sudut rumah Anda.
Dalam dua minggu, Anda akan melihat jumlah
nyamuk yang mati di dalam botol.
amacam??
try la, mana tau berkesan kan leh jimat duit (^_^)
** cik gold lom try lagi, x tau berkesan ka tak ni.huhu...
pernah gak dpt tips nih...
ReplyDeletetp blm pernah cuba...
entry nih telah mengingatkan belalang pada ilmu yg telah belalang lupa...
terima kasih sebab mengingatkan belalang balik!
bersungguh-sungguh tol~ huhuhu
ReplyDeletehaha.
ReplyDeletemmg mjimatkan..tp takat ni umah i xde nyamuk..Alhamdulillah...so,x try pun xpe..hehe
ReplyDeletela.. dia promote tapi dia tak cuba lagi hampeh tul la.. cik gold nie... hehhee tapi tul gak kan.. leh jimat kan???
ReplyDeleteuiks, bagus idea neh... harus di terai :P
ReplyDeletebagus idea ni...blh la cuba nanti...tq cik gold..
ReplyDeleteNew Entry "Permata Hati Ummi & Abah…"
ada masa nanti leh try..thanx cik goldie
ReplyDelete