.

.

Sunday, August 15, 2010

Berbuka dengan hanya RM2??



diam tak diam kita dah seminggu berpuasa ye, amacam...masih bertahankah anda???

bulan puasa ni bagi cik gold bulan yang memerlukan banyak duit,nak bersahur lagi, nak berbuka lagi..bagi orang yang suka memasak mungkin boleh jimat, tapi kakalu orang malas cam cik gold ni, ke bazar lah jawabnya.

ha..dah ke bazar tu paham-paham la, kadang kadang berbuka saja dah rm10, tak masuk sahur lagi tu...wah perit-perit.

tapi dengar cita, ada satu restoren yang menawarkan makanan dengan harga serendah rm2 tau

eh ada ka??

leh untung ka tuan kedai tu??
sejak cik gold hidup ni tak penah lagi dapat makan, makan semurah ni...(nasi lomak len cita la).
dengan duit banyak tu anda akan dapat makan nasi putih + 3/4 jenis lauk dan segelas air.

wah murah tu, kat mana ni???leh la pi makan berbuka nanti

lagi satu keistimewaan tempat ni, pinggan mangkuk yang kita makan tu kena basuh sendiri tau..selain dapat makan free kita juga dapat memupuk semangat disiplin yang tinggi lam diri.ha...sesuai la dibawa anak-anak yang kecik tu, bagi belajar basuh pingan sendiri (^_^)

ha, best tak??
nak tau tempatnya???mai kita baca kat bawah!!


SHAH ALAM, 13 Ogos - Ketika adanya aduan bahawa harga makanan dan juadah berbuka puasa mula naik di kebanyakan tempat sejak dua hari lalu, di restoran Malaysia Negara Ku di Shah Alam, anda boleh makan sepuas-puasnya dengan hanya membayar RM2.

Syaratnya, pelanggan perlu menunjukkan kad pengenalan sebagai bukti mereka adalah warganegara Malaysia.

Dengan harga RM2 seorang, pelanggan boleh menikmati nasi putih dengan tiga atau empat jenis lauk dan segelas air.

Restoran Malaysia Negara Ku beroperasi di Seksyen 7 di sini, memulakan operasinya sejak hari pertama Ramadan kelmarin.

Pengurus restoran, Azahar Samat, konsep restoran Malaysia Negara Ku sebenarnya adalah untuk memberikan pendidikan kepada masyarakat tentang amalan kebersihan diamalkan serta semangat cintakan negara.

"Konsepnya macam orang dulu-dulu kerana apa yang uniknya restoran ini pelanggan yang datang perlu menunjukkan kad pengenalan sebagai bukti mereka adalah warganegara," katanya.

Restoran ini menggunakan konsep layan diri dan perlu membasuh pinggan pas makan (dengan cara ni lah diaorang dapat berjimat (^_^)



walaupun harga makanan murah, namun kualiti penyediaan makanan tidak diabaikan malah menggunakan bahan masakan berkualiti dan memberi kepuasan kepada orang ramai yang singgah.

ha...bg sesiapa yag selalu sengkek time tengah-tengah bulan tu (macam cik gold) leh la kita ramai-ramai berjemaaah kat sini ya (",)

9 comments:

  1. bagus tauke kedai nih,,byk pahala die dpt coz die menyenangkn ramai org..idea yg bagus =)

    ReplyDelete
  2. huh ade gak yg g berbuka kt sana ptg ni nnt....

    ReplyDelete
  3. waaaa...muraaaa....tapi kt shah alammmm

    ReplyDelete
  4. sempoi lah restoran ni.. teringan zman sekolah duduk hostel nak try lah mcm ni...

    ReplyDelete
  5. wah menarik :DD patut semua restoran contohi kedai ni, jimat sikit duit kita - kita semua yerkk :DD ngee ~

    ReplyDelete
  6. halolo kat shah alam yek? dah dekat dahh ni. baeklah. nanti zida ajak semua member makan kat sini. hahah :)

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails