.

.

Sunday, August 15, 2010

Kemana hilangnya nilai kemanusiaan??


kenapalah manusia sekarang ni semakin kejam,dengan cerita buang bayi dan janin semakin berleluasa.
sekarang timbul pulak kes suami tetak anak dan isteri, dan paling terbaru suami menyimbah cuka getah pada anak dan isteri

inilah terjadi apabila hidup kita sudah lari dari landasan yang betul dan tidak lagi mengikuti cara hidup islam yang sebenar..
cerita suami simbah cuka getah itu berlaku di Kuala Terengganu, hal ini terjadi kerana isteri suami tersebut mau mintak cerai dari suami tersebut.

mau tak mintak cerainya, suami dia dah la penagih dadah, tiap hari datang mau mintak duit
sepatutnya suami la yang mencari nafkah..

lagi satu apa salah anak2 tersebut???sampai kena skali??

baca cerita selanjutnya di sini

Cuka Getah

cuka getah atau dalam bahasa sainsnya di panggil asid formik
bahaya tau formic acid tu, dengan pengetahuan kimia cik gold yang tak seberapa ni mari kita tengok apakah asid ni

Nama lain bagi formic asid ialah methanoic asid

Kegunaan utama asid ini
  • membekukan getah
  • salah satu bahan dalam industri kain dan kulit
Bahaya asid ini
  • ia ialah sejenis toksik
  • ia akan menyebabkan hati dan buah pinggang menjadi rosak dengan pendedahan yang lama
  • melecurkankan kulit jika terkena
  • boleh menyebabkan mutasi (tak pasai-pasai muncul satu spesis manusia baru nanti)
Nampak tak kat kegunaan asid ni?tak dak tercatat pon asid ini untuk menyimbah orang..sakit tau kena asid,cik gold kena asid nitrik pon dah rasa gatai yang amat sangat akibat hakisan nya terhadap kulit kita, ini kan pula cuka getah, lagi lah teruk..

patutnya kan penyimbah asid ni dihukum benda yang sama, baru dia tau syok ka tidak kena simbah ni, suka ati ja nak kenakan orang

antara orang yang terkena simbahan asid simbahan asid


11 comments:

  1. salam..adoilaa asid2 ni,bhy btul..kite yg tgk je pun rasa mcm kulit kena siat2..manusia ap la cmtu..ikutkan sgt perasaan marah si syaitan tu.

    ReplyDelete
  2. salam..
    zaman skrg nyawa seakan tidak bernilai..begitulah kalau kemarahan x dapat di kawal.

    ReplyDelete
  3. Ya Allah.macam2 benda jadi sekarang.jauhkanlah~

    ReplyDelete
  4. itu lah, bila cara hidup dah jauh dari islam, macam2 terjadi

    ReplyDelete
  5. sedeih nyer.. ya Allah.. kemana nilai kemanusian??? fuh!!! tersentap gayah bc

    ReplyDelete
  6. itulah jadi bila dah jadi hamba dadah.jauhi diri dan keluarga dari dadah

    ReplyDelete
  7. sedeynya baca entry nie..kejam btul si bapak nya..bahayanya dadah shnga hilang kewarasan akal..

    ReplyDelete
  8. kejamnye...ayah yang patut melindungi anak tapi...hurm...

    ReplyDelete
  9. asid atau cuka getah ni senang pulak nak beli kat kedai2 hardware.. harganya pun murah.. akibat dadah habis porak peranda keluarga.. saya turut simpati pada mangsa..

    ReplyDelete
  10. ya Allah..
    dunia ni makin pelik ngn adenya manusia2 mcm setan ni..

    ReplyDelete
  11. Ya Allah sedihnya tgk gmbr ni..terutama yg last skali..

    bygkan trauma yg mangsa kna tanggung,seumur hidup 2 (dah xda wajah dah)...org kita (tipikal) akn pndang pelik kt mangsa selamanya...psangan pon boleh lari, sahabat pon boleh menghilang...msa depan pon jd lbih suram...
    memang kejam...xboleh dimaafkan..klu nk maafkan pon kna simbah blk asid tu kt muka org yg buat 2 bru adil~

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails