.

.

Wednesday, August 4, 2010

Kenapa nama Cik Gold ialah Cik Gold??


ha...mesti ramai yang tertanya2 kan?
kenapa cik gold pnya nama ialah cik gold(berbelit-belit tak ayat??)...hehe

tiap orang mesti ada benda yang paling kita suka,macam tu jugak lah cik gold ni...

CIK GOLD SUKA EMAS....!!!

wahh...suka betol ngan emas ni, ada housemate sorang tu panggil cik gold mami jarum (cik gold orang kedah ye)...haih,idak le sampai gitu tahapnye, tapi hampir-hampir lah...hehe...

mana taknya,kalau buka website ja tengok harga emas, dapat gaji beli barang mas,buka buletin utama pon sibuk tunggu nak tengok harga emas semasa...

kalau dulu, golongan pengumpul emas ini terdiri makcik-makcik yang separuh abad ja, tapi sekarang golongan muda-mudi pon sudah mula berjinak-jinak mengumpul emas

hah??? tak minat dengan barang kemas?? kalau tak suka barangan kemas kita leh simpan dinar emas...emas gak kan???

hari ini kita akan singkap rahsia emas ye

Kelebihan menyimpan emas

Emas ialah kekayaan yang sebenarnya

1. Harga emas sentiasa meningkat dalam jangka masa panjang.


Emas jugak salah satu perlaburan jangka panjang yang menguntungkan...
best tak ?? hehe..

2. Nilai wang kertas sentiasa jatuh di dalam jangka masa panjang


Sebagai contoh krisis matawang yang terjadi di zimbabwe (2000-2009)

Selepas kejatuhan sektor pertanian di Zimbabwe pada 2000, inflasi dalam negara begitu memuncak sehingga mencecah 231 juta peratus setahun! Cuma berfikir tentangnya-231 000 000%!. Pengangguran telah mencecah sehingga 80% dan satu pertiga penduduk negara meninggalkan negara itu.

keadaan ekonomi disana menjadi sangat teruk sehinggakan harga 3 biji telur ayam bersamaan dengan 100 bilion dollar zimbabwe...


lelaki ini lak terpaksa menyewa lori untuk mengangkut gaji nya...


perbandingan nilai US dollar dengan Zimbabwe dollar


USD 10 : 10000000 dollar zimbabwe

bayangkan duit kita yang beribu ribu lam bank tu tiba-tiba nilainya jatuh setengah dari nilai sekarang???kan dah rugi...

3. Aset yang terunggul

Emas mempunyai nilai dan diterima di semua negara
sebagai contohnya pada tahun 1970-an ketika perang Vietnam, beribu-ribu pelarian daripada vietnam selatan telah meninggalkan kampung halaman mereka.

Mereka menjualkan semua harta mereka dan menukarkannya kepada Emas. bila sampai di negara baru diaorang jual emas itu dan buka perniagaan di sana..

bijak jugak orang Vietnam ni kan ??



Sebab itulah dalam sejarah Islam, emas telah diiktiraf dan digunakan pakai sebagai median of exchange kerana ianya lebih stabil dan kukuh serta tahan inflasi.

Sebagai rujukan, zaman Rasulullah 1 dinar emas bersamaan nilai seekor kambing, sekarang pun 1 dinar masih bersamaan seekor kambing........ Hebat bukan, lebih 1400 tahun tapi masih kukuh nilainya.

Juga terdapat saranan hadits umat Islam menyimpan Dinar (Emas) dan Dirham (Perak) iaitu:

Abu Bakar Ibn Abi Maryam melaporkan bahawa beliau mendengar Rasulullah SAW telah bersabda

“Akan tiba suatu zaman di mana tiada apa yang bernilai dan boleh digunakan oleh umat manusia. Maka simpanlah dinar dan dirham (untuk digunakan). Musnad Imam Ahmad Ibn Hanbal.



Jadi apa tunggu lagi,jom la simpan emas dari sekarang!!

Anda semua jangan salah paham ye, cik gold bukan dealer jual emas atau sebagainya.saja nak share ja tau....kalau korang beli cik gold tak untung apa-apa,kalau tak beli pon cik gold tak rugi apa-apa..hehe


Cik gold pada masa kan datang.heheheh....jangan marah ye


5 comments:

  1. gamba mami jarum tu tak leh blahh hahahah

    ReplyDelete
  2. setuju, pelaburan emas lbh stabil banding ngan wang kertas. emas tulen kena gali baru dapat. wang kertas boleh cetak bila2 masa pun. tu jadi macam zimbabwe tu..maap jika tersilap analisis ;)

    ReplyDelete
  3. betol..jom kita kembali ke zaman rasullullah dengan menyimpan dinar emas (^_^)

    ReplyDelete
  4. Emas memang pelaburan yg baik tapi harganya agak tinggi sekarang,berhati-hati ada turun naiknya.

    ReplyDelete
  5. Salam
    Betul kata Cik Gold ....nak kumpul emas juga lah..tapi camna ye gaji makin ciput....harga barang semua naik..hadoi!!

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails