.

.

Monday, August 9, 2010

Resepi Berbuka yang sedap ~~~wee~~~

pejam celik pejam celik dah puasa balik ye, rasa cam baru ja dah posa balik kan...
yang belum ganti tu dah ganti ka belum???
kalau belum tu memang tak sempat dah la nak ganti, kena bayar la apa-apa yang patut..(^_^)

sempena puasa yang bakal menjelang ni, cik gold nak bagi 1 resepi karipap sedap yang baru cik gold dapat resepinya tadi

bagi sesiapa yang rajin tu leh la cuba,nampak cam sedap...tapi rasa tak tau la.hehe...

cik gold dah try ke belum???
hehe...cik gold ni malas, beli ja senang..

recepi karipap ini belum lengkap sebenarnya.

Sepatutnya, TEPONG GANDUM itu dibahagi 2 bahagian. Bahagian pertama hanya tambah air garam saja tapi tidak terlalu banyak garam.

Bahagian ke2 pula ditambah majrin/lemak sayur. Selepas itu, bahagian pertama digumpal jadi bebola manakala bahagian ke2 pula bulat-leper. Bebola diletak atas bulat-leper dan bulat leper itu jadi pembalut.


bahan-bahannya.

½ kg tepung gandum
1 sudu besar lemak sayuran
5 biji ubi kentang
1 peket rempah kari daging
5 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
1 tangkai daun kari
Isi ayam (dada)- ptg dadu
Sedikit kayu manis
Sedikit halia
Sedikit Gula/garam/serbuk perasa

Cara menyediakan:
1. Uli tepung terlebih dahulu bersama lemak sayur/garam.
2. Setelah itu bulatkan dan sedia untuk dicanai.

Untuk membuat intinya:
1. Potong ubi kentang dan isi ayam berbentuk dadu.Panaskan minyak tumis bawang merah/putih dan halia yang telah ditumbuk bersama kulit kayu manis.
2. Setelah naik bau masukkan rempah kari daging yang telah dibancuh tadi. Masukkan isi ayam dan ubi kentang/garam/ gula dan serbuk perasa bersama. Masak sampai ubi lembut dan kering.
3. Sedia utk membuat karipap.

Tips tambahan:
1. Lemak sayuran adalah untuk merangupkan karipap.
2. Mentega juga poleh digunakan.

try jangan tak try (^_^)

4 comments:

  1. minggu lepas kan cik gold..cik bucken belasah soploh karipap..dah tu,,smpai malam tak mkn nasik..kenyang karipap je..uhuhuhu

    ReplyDelete
  2. hehe..makan cik bucken makan, sok x leh makan siang dah (^_^)

    ReplyDelete
  3. cantik bentuk karipap tu..nanti saya pun nak cuba buat..tq share..

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails