.

.

Tuesday, August 17, 2010

Semangatkah kita menyambut hari kemerdekaan??


31 ogos ni genap 53 tahun Malaysia Tercinta kita ini mencapai kemerdekaan.
lagi lebih kurang 13 hari ja lagi, tapi cik gold nampak masih kurang lagi sambutan untuk hari kemerdekaan walaupon bulan kemerdekaan dah dilancarkan sekian lama...

kat kawasan rumah cik gold pon setakat ni baru ada 4 buah rumah yang memasang bendera (rumah cik gold dah pasang ok...(^_^))


tak dak semangat kah kita, terutama muda-mudi pewaris masa depan ni menyambut kemerdekaan??

mahal sangatkah bendera tu??...cik gold beli kat giant rm4.99 ja 1...

ka, masih mengharapkan dapat bendera percuma??

cik gold rasa, muda mudi sekarang memang kurang semangat cintakan negara, ini kerana kita lahir ja, negara dah aman damai, cuba bayang kita hidup di zaman sebelum merdeka dulu??

dengan kurang makanan, keselamatan yang tak terjamin, sistem pendidikan yan kurang sempurna, kesihatan pon tak terjaga dengan baik..

adakah kita suma penah terfikir?? kita terlalu senang dengan kesenangan masa kini hingga melupakan jasa-jasa orang lama memperjuangkan tanah air.

memanglah tarikh kemerdekaan tahun ni jatuh dalam puasa. tapi berat sangat kah untuk mengantungkan bendera di halaman rumah?? mana hilangnya semangat patriotik kita??
bagi cik gold, suma ini bermula pada sistem pembelajaran kita, sejak kecik kita telah disogok dengan cakap-cakap mengatakan sejarah ada lah mata pelajaran second class,ini menyebabkan mind set kita mengatakan sejarah tak penting, ini menyebabkan semangat patriotik kita hilang.

cik gold rasa semangat menyambut kemerdekaan lebih banyak terdapat dikampung berbanding di bandar (ini pendapat cik gold saja, jangan marah ye... ), cik gold ingat lagi masa kecik-kecik dulu, cik gold dan kawan-kawan sibuk lawan gerek (basikal) sapa paling cantik dengan hiasan bendera bila tiba hari kemerdekaan..(^_^)

dan bagi cik gold juga, semangat ini lebih dirasai oleh kaum melayu berbanding kaum lain(betolkan jika cik gold silap),dengan itu wujudlah pertikaian hak keistimewaan orang melayu.

bila wujudnya pertikaian ini, keadaan negara kan jadi tidak tenteram dan mungkin peristiwa 13 Mei akan berulang.oleh itu, semua kaum mari kita hayati apa yang terkandung dalam kontrak sosial.

apa kontrak sosial?? mari kita baca di bawah

kontrak sosial biasanya dianggap sebagai suatu persetujuan yang memberikan kewarganegaraan kepada orang-orang bukan Melayu dan bukan orang asli (kebanyakannya orang Malaysia Cina dan Malaysia India) sebagai ganti untuk pemberian hak keistimewaan kepada orang-orang Melayu dan orang-orang asli (dirujuk secara kolektif sebagai Bumiputera).

Sebuah buku teks kajian Malaysia pendidikan tinggi yang menepati sukatan pelajaran kerajaan mengatakan:

"Oleh sebab pemimpin-pemimpin Melayu bersetuju untuk melonggarkan syarat-syarat kewarganegaraan, pemimpin-pemimpin komuniti Cina dan India telah menerima kedudukan istimewa Melayu sebagai penduduk asli Malaya. Dengan penubuhan Malaysia, status kedudukan istimewa itu diperluas untuk merangkumi komuniti-komuniti penduduk asli Sabah dan Sarawak"

baca lebih lanjut tentang kontrak sosial

wah series lak entry cik gold kali ni ye.hehe...apa-apa pon mari lah kita bersatu padu membina semngat patriotik



last skali, SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN, SAYANGILAH NEGARA KITA!!

ini bukan rumah cik gold.hehe..

3 comments:

  1. aku rase mood semua org lebih kepada mood nak raya daripada mood nk sambut merdeka la....

    ReplyDelete
  2. cik gold yang semangat patriotik (^___^)

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails